Selasa, Julai 14, 2009

Manek Urai



Hari ini 14 Julai 2009, bagi penduduk Manai Urai merupakan hari untuk mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi untuk melantik wakil rakyat yang baru. Hari ini juga merupakan cuti umum, jadi perkiraan saya tiadalah masalah untuk pengundi untuk membuang undi walaupun ia dijalankan pada hari biasa.

Pada para pengundi diharapkan dapat menilai yang mana kaca dan yang mana intan. Sepanjang kempen para pengundi sudah mendengar dan melihat pelbagai janji dan aksi untuk mereka diperdendangkan. Sejarah banyak mengajar oleh itu fikirkanlah yang terbaik dalam membuat pilihan.

Saya juga ada mengikuti perkembangan kempen di Manik Urai. Saya kurang bersetuju dengan sesetengah parti politik yang berkempen dengan janji yang semacam ugutan. Pada pengamatan saya sebagai wakil rakyat tak sepatutnya memilih bulu dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab. Sebagai rakyat mereka mempunyai cita rasa dan pendapat jangan dipaksa sebegitu rupa dalam amalan pendemokrasian.

Jam 8mlm ini kita akan dapat mengetahui keputusan penuh pilihanraya di Manik Urai. Saya berharap agar mereka yang betul-betul tulus ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab akan mendapat kemenangan. Semoga Manik Urai dilimpahi kemakmuran.(mannsgor)

Ahad, Mei 10, 2009

POLITIK PERAK 2

Seperti yang diramalkan, persidangan dun Perak kecoh dengan pelbagai insiden yang memualkan. Saya tidak beberapa pandai dalam soal perlembagaan, tapi apa yang berlaku di sidang tersebut amat mengejutkan saya. Ianya umpama rantai besi dimakan bubuk.

Persoalannya jelas terjawab dengan berlakunya insiden-insiden di dalam dewan. Nampak sangat ada yang begitu kemaruk menagih jawatan. Perkara-perkara pokok yang sepatut dilakukan tidak diendahkan. Kenapa dibiarkan perkara sebegitu berlaku? kenapa raih pekung ke dada?

Saya tetap merasakan kemelut di Perak harus diselesaikan dengan menyerahkannya kembali kepada rakyat. Biar rakyat menentukan. Pada hemat saya rakyat sekarang tahu untuk menilai yang mana wakil yang mereka perlukan. Apa yang perlu ditakutkan kerana ia mencerminkan kedemokrasian dan keadilan.

Saya juga berharap dan mendoakan agar kemelut yang berlaku dapat diatasi dengan kebijaksanaan dan keadilan, jangan dilacurkan apa yang telah ditermaktubkan. Jangan padang rendah suara rakyat, kerana suara rakyat suara keramat.(mannsgor)

Rabu, Mei 06, 2009

POLITIK PERAK


Kemelut politik Perak pada pandangan saya nampaknya semakin tidak keruan. Perjalanan pentadbiran kerajaan juga tidak dapat berjalan dengan lancar. Banyak perkara yang menjadi pertikaian. Urusan mahkamah juga belum ada penghujung. Yang mana satu yang betul masih menjadi tanda tanya. Kondisi ini umpama gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah.

Dalam kondisi ini pada hemat saya sepatut mereka-mereka yang bertelagah perlu memulangkan kembali hak-hak tersebut pada mahkamah rakyat marhaen. Biarlah rakyat marhaen menentukan siapa yang betul, siapa yang berhak dalam memikul tanggungjawab tersebut. Kalau tidak perkara ini akan berlarutan tanpa kesudahan.

Kenapa perlu ada pertikaian yang akan menjejaskan perjalanan pentadbiran. Sepatutnya mereka-mereka yang bertelagah memikirkan rakyat marhaen, bukan kesinambungan politik mereka. Pada pandangan saya jikalau mereka ikhlas memperjuangkan nasib-nasib rakyat marhaen tidak akan berlaku apa yang sudah terjadi.

Walau bagaimanapun keputusan perlu dicari untuk melicinkan perjalanan pentadbiran. Secara jujurnya saya merasakan dengan menyerahkan kembali kepada rakyat untuk mencari keputusan adalah yang terbaik. Biarlah rakyat membuat keputusan, membuat pengadilan yang mana satu menjadi pilihan. (mannsgor)

Jumaat, Mei 01, 2009

HARI PEKERJA


Tanggal 1 Mei merupakan hari yang di nanti-nantikan oleh para pekerja untuk di raikan atau di martabatkan walau seketika oleh para majikan. Setelah bertungkus lumus seharian selama setahun, penantian itu tiba jua. Selamat hari pekerja.

Pekerjaan merupakan suatu perkara yang wajib kita lakukan dalam apa jua situasi untuk mendapat apa yang dinamakan rezeki dalam meneruskan penghidupan. Justeru itu apa pun jua profesionnya sama ada golongan profesional ataupun tidak ia tetap dinamakan pekerjaan dan pekerja.

Pekerja pula adalah manusia yang menjalankan atau melakukan sesuatu untuk mendapat sesuatu yang di pelankan oleh majikan. Golongan pekerja bukanlah hamba abdi, ini adalah peringkatan buat majikan yang mungkin terlepas pandang tentang status ini. Mungkin kelebihan majikan adalah kerana mereka ini berwang tetapi masih mahluk yang bernama manusia. Majikan dan pekerja seharusnya seiringan dalam mendapat bahagian masing-masing.

Para pekerja juga diharap dapat menjalankan tanggungjawab dengan tulus ikhlas bagi memastikan produktiviti meningkat untuk kemajuan bersama kerana kalau majikan bermasalah para pekerja juga secara tak langsung akan menerima masalah juga. Justeru itu semoga dengan ada hari yang dinamakan hari pekerja ini dapat mengingatkan kita betapa pentingnya kita bersama majikan untuk meneruskan kesinambungan penghidupan dan masa depan. (mannsgor)

Ahad, April 26, 2009

SELANGOR JUARA


Pasukan Selangor berjaya mendapatkan piala kedua selepas piala sumbangsih dengan bergaya menewaskan pasukan Kelantan menerusi sepakan penalti 4-1. Perlawanan seperti dijangka, berlangsung dengan hebat.

Stadium Bukit Jalil juga menerima lebih 85,000 kehadiran penyokong kedua belah pasukan. Ini menunjukan bahawasanya bolasepak Malaysia masih ada pengikutnya.

Permulaan perlawanan yang dimulakan pasukan Selangor, nampak seimbang dan berhati-hati oleh kedua pasukan. Masing-masing mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol cuma penyudahnya yang masih dikekang penjaga gol dan palang gol.

Perlawanan berkesudahan dengan tanpa jaringan setelah tamat 90 minit. Masa tambahan dimulakan, minit awal pasukan Kelantan berjaya menjaringkan gol menerusi Farhan melalui tandukan yang cantik hasil lambungan ketua pasukan Kelantan Piya. Selangor yang tersentak dengan gol awal Kelantan berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan ketua pasukan Selangor Amri Yahya yang menanduk masuk hasil hantaran D.Surendren lima minit selepas pasukan Kelantan menjaringkan gol.

Walau bagaimanapun kedua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol sehingga masa tambahan tamat. Untuk mencari pemenang tendangan penalti akan disempurnakan oleh kedua pasukan. Selangor berjaya menyempurnakan keempat-empat sepakan manakala Kelantan hanya berjaya satu dari tiga sepakan. Manakala kapten Selangor Amri Yahaya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. (mannsgor)

Ahad, April 19, 2009

Piala F.A


Malam kelmarin saya berkesempatan ke stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala F.A antara Selangor dan Perlis. Seperti selalunya saya akan ditemani sahabat saya En. Fadhil.

Kami meramalkan perlawanan tersebut pasti menarik setelah kedua pasukan terikat pada perlawanan peringkat pertama di Kangar 1-1. Secara matematiknya pasukan Selangor mempunyai kelebihan gol yang dijaringkan di tempat lawan.

Tepat jam 8.45pm perlawanan dimulakan oleh pasukan Selangor yang dianugerahkan sepak mula oleh pengadil. Perlawan berlangsung hebat apabila kedua pasukan saling serang menyerang. Selangor berjaya menjaringkan gol pada minit ke15 menerusi tandukan terbang Amri Yahya hasil hantaran Rudee Ramli. Walau bagaimanapun pasukan Perlis berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke17 menerusi sepakan leret Azi Shahril Azmi diluar kotak penalti. Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan terikat 1-1. Secara keseluruhan pasukan Selangor menguasai permainan.

Diseparuh masa kedua pasukan Selangor mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menambah bilangan gol tetapi dinafikan tiang gol. Pada pengakhiran babak separuh masa kedua kapten pasukan Selangor Amri Yahya sekali lagi mengamatkan stadium Shah Alam dengan tandukan kebelakang yang terus menerjah kejaring gol pasukan Perlis hasil sepakan sudut D.Surendren. Gol diminit terakhir tersebut terus menutup ruang pasukan Perlis untuk melangkah keperlawanan akhir.

Secara argreget pasukan Selangor menang dengan 3-2. Amri Yahya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut. Keseluruhan permainan dikuasai pasukan Selangor. Saya berharap agar pasukan Selangor mengekalkan momentum aksi sebegini dalam melayani pasukan Kelantan dalam perlawan akhir pada 25 April ini.(mannsgor)

Selasa, April 14, 2009

KELANCUNGAN

Kelmarin

Ada orang berkata

Terimalah aku
Calonlah aku
Pilihlah aku
Undilah aku

Hari ini

Ada orang ketawa

Aku menang
Aku berjaya
Aku berkerjaya
Aku Yang Berhormat

Esok

Ada orang mengeluh

Mana janji manis mu
Mana tanggungjawab mu
Mana keikhlasan mu
Mana kenikmatan kata-kata kelmarin mu

Adakah semuanya suatu kelancungan..
(mannsgor)

Rabu, Mac 25, 2009

NASIB KITA



Situasi politik negara kita nampaknya terus berkecamuk. Pelbagai berita yang mengejutkan silih berganti. Apakah kesudahannya...apakah senarionya...apakahh kebaikannya kepada kita sebagai rakyat marhaen?. Saya melihat kekusutan politik negara kita terus menerus kusut dengan pelbagai permasalahan yang dicipta pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli politik itu sendiri. Kerakusan dan kegairahan mereka dalam mendapatkan kedudukan amat ketara dilihat. Walaupun tidak semuanya begitu tetapi majorita lebih cenderung begitu.

Mereka tidak lagi memikirkan tentang matlamat, tujuan, falsafah mahupun tanggungjawab asal yang perlu mereka tanggung sebagai pemimpin dan ahli politik. Tidak seperti zaman kita menuntut kemerdekaan atau di zaman kita menentang penjajah, mereka para pemimipin begitu ikhlas dalam perjuangan tapi di zaman IT ini keikhlasan nampaknya terpinggir jauh. Kebendaan nampaknya menjadi pokok segalanya.

Saban hari kita mendengar pelbagai berita tentang salah guna kuasa, rasuah dan permasalahan lain yang dihadapi para pemimpin dan ahli politik kita. Saman menyaman dan laporan polis dah macam perkara rutin. Dek kerana permasalahan mereka...adakah tanggungjawab mereka kepada kita akan terlaksana?.

Kita rakyat marhaen ini perlukan pembelaan dan keadilan dalam meneruskan penghidupan. Janganlah disebabkan mereka-mereka ini kita berada di ruang kesempitan. Oleh itu saya berpendapat kita harus meneliti setelitinya dalam memilih pemimpin yang akan menjadi pemimpin kita...jangan kita mengambil mudah dalam perkara ini kerana ia secara langsungnya akan melibatkan kita.

Sebenarnya banyak ruang, peluang ataupun maklumat yang boleh kita perolehi dalam kita mencongakakan pemimpin pilihan kita. Di zaman IT ini kita ada pelbagai maklumat yang boleh kita rumpunkan sebagai pedoman dalam membuat pilihan. Justeru itu buatlah pilihan terbaik dalam pilihan akan datang untuk menjamin kesejahteraan perjalanan hidup kita. Fikir-fikirkanlah.(mannsgor)

Selasa, Mac 17, 2009

HJ. MAT HASSAN BIN PANGLIMA MUNAS

Biodata;

Nama : Hj. Mat Hassan Bin Panglima Munas
Tarikh Lahir : 1850
Tempat Lahir : Kampung Saring Daerah Jeram, Kelantan
Tarikh Kematian : 1915 (ketika usia 65tahun)
Sumbangan : pejuang kebebasan

Hj. Mat Hassan Panglima Munas atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Janggut. Banyak berjasa dalam memperjuangkan tanah air dari cengkaman penjajah British ketika itu. Beliau dilahirkan pada tahun 1850 di Kampung Saring Daerah Jeram, Kelantan. Ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, oleh kerana itu beliau dibesarkan didalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Beliau mendalami ilmu-ilmu agama di Makkah.

Ketika beliau masih berada di Makkah Siam telah menguasai Patani. Gurunya Syeikh Ahmad memberi amanat agar anak muridnya berikhtiar mencari jalan untuk membebaskan Patani yang juga dikenali sebagai Serambi Makkah dari penjajahan Siam. Manakala penjajah Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri-negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung, selepas berjaya menguasai negeri di Pantai Barat Semenanjung.

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara penjajah Inggeris dan Siam telah menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dibawah naungan kuasa penjajah Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.

Penjajahan Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata amat menindas penduduk watan. Mat Hassan pulang ke Kelantan takkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Baharu tidak terdaya lagi melawan penjajahan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajahan Inggeris tersebut.

Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang-pejuang yang lain seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman. Sentimen anti penjajah Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat daripada perjanjian penjajah Inggeris - Kelantan pada 1910. Kerajaan Kelantan dipaksa menyokong atau menyebelahi British dalam peperangan tersebut. Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam perang dunia pertama amat mengecewakan Mat Hassan kerana ia bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam.

Penindasan penjajah Inggeris menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakan lagi kemarahan orang Melayu. Pada mulanya Mat Hassan dan pengikutnya turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Akhirnya kekacauan bermula apabila pejabat penjajah mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang-orang kampung. Berikutan itu Mat Hassan memutuskan untuk tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan terhadap penjajahan Inggeris.

Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di kampung Tok Akib mengenai strategi untuk menentang penjajah Inggeris dan memutuskan untuk mengambil alih pemerintahan di Pasir Putih dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka. Bagaiman pun mesyuarat sulit tersebut telah diketahui oleh pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari singapura iaitu Latif, yang kemudiannya mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman untuk menangkap Mat Hassan.

Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyrah diri. Ketika tiba di kampung tersebut, Mat Hassan sedang berucap dihadapan kira-kira 1,000 orang penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Mat Hassan bersetuju untuk mengikut polis kepejabat jajahan untuk memberikan penjelasan terhadap tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak bersetuju polis berjalan dibelakangnya kerana dilihat seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada hendak melarikan diri, beliau inginkan polis berjalan seiringan atau dihadapannya. Polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya shingga mati. Disitulah permulaan peperangan antara Mat Hassan ataupun lebih dikenali sebagai Tok Janggut dengan penjajah Inggeris.

Mat Hassan dan pengikutnya menyerang Pasir Puteh menyebabkan pegawai penjajah Inggeris di jajahan itu melarikan diri ke Kota Bahru. Beliau dan pengikutnya berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan diisytiharkan sebagai Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja. Perkembangan diPasir Puteh amat membimbangkan pihak istana di Kota bahru.

Atas cadangan penasihat penjajah British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke IV memutuskan untuk menangkap Mat Hassan dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka. Diatas tidak keyakinan terhadap kesungguhan Sultan dalam menghadapi kebangkitan Mat Hassan, penjajah Inggeris telah meminta bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris telah dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun operasi tersebut tidak berjaya apabila Mat Hassan dan pengikutnya bersembunyi. Selepas seminggu tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.

Selepas mendapat tahu kumpulan Mat Hassan keluar dari persembunyian, penjajah Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan iyu mencetus kemarahan Mat Hassan lalu menyerang khemah tentera id Pasir Puteh pada jam 3 pagi 24 mei 1915. Manakala pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Mat Hassan.

Akhirnya kumpulan Mat Hassan dan tentera Inggeris bertempur di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari kampung Merbol. Pertempuran tersebut berlaku hebat, bagaimanapun Mat Hassan terbunuh bersama ramai pengikutnya. Mayatnya diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bahru dan digantung dengan kaki ke atas, kepala di bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan Tumpat Kelantan. (mannsgor)

rujukan
wikipedia




Khamis, Mac 12, 2009

CERITA PAK KADUK


Kisah ini bermula di dalam sebuah negeri yang diberi nama Cempaka Seri. Rajanya bernama Indera Seri. Raja Indera Seri ini terkenal dengan sikap sombong dan suka berjudi. Disebabkan keasyikannya menjadikan judi sebagai amalan seharian telah mendorong kebanyakan rakyat di negerinya leka dengan berjudi. Mereka terlalu asyik hingga melupakan syariat yang sepatutnya mereka ikuti kerana pada ketika itu raja-raja dan orang-orang besarnya memang amat suka melakukan pemaksiatan tersebut.

Di tepi hulu sungai negeri tersebut tinggal seorang tua dalam umur pertengahan bernama Pak Kadok. Pak Kadok seorang yang lurus bendul dan kurang daya pemikirannya. Pada suatu hari Pak Kadok berkata pada isterinya Siti, "aku ingin pergi menyabung digelanggang baginda Raja kerana aku amat suka melihat keadaan orang yang ramai menyabung di situ". "Kita bawa si Kunani ayam kita sebab ayam ni amat bertuah, kita pertaruhkan kampung kita kepada Raja, kalau kita menang tentulah kita akan mendapat duit dari Raja" sambung Pak Kadok Lagi.

Isteri Pak Kadok berkata,"jika begitu baiklah, pergilah awak menyabung bawa ayam kita. Sahut Pak Kaduk," jahitkan baju dan seluar aku dahulu dari kertas yang baru kubeli ini. Lekaslah menjahitnya.

Kata isteri Pak Kadok, "bagaimana hendak membuat baju dan seluar ini?, kalau dipakai tentu akan koyak. Tak mengapa buatkan juga aku nak pergi" rungut Pak Kadok.

Isteri Pak Kadok tidak berdaya lagi melayan percakapan Pak Kadok, lalu ia mengambil gunting dan mula mengunting kertas tersebut untuk dibuat seluar dan baju. Pak Kadok menyuruh isterinya supaya tidak menjahit seluar dan baju tersebut hanya perlu guna pelekat sahaja supaya cepat siap.

Apabila siap, Pak Kadok dengan berasa bangga memakainya dan pergilah ia kegelanggang tersebut. Selang tiada berapa lamanya Pak Kadok sampai digelanggang tersebut. Baginda Raja kenal dengan Pak Kadok, apabila baginda terlihat Pak Kadok lalu disapanya, "hai Pak Kadok apa khabar? menyabung kita?".

Maka Pak Kadok pun segeralah menyembahkan ayam sabungannya kepada baginda. Setelah diamati baginda berasakan ayam sabungan Pak Kadok amat berpontensi untuk menang. Lalu baginda mencadangkan agar ayam sabung Pak kadok ditukar dengan ayam sabungannya. Baginda berkata " Pak kadok ambilah ayam sabung beta yang amat bertuah ni berbanding dengan ayam Pak Kadok yang kurang tuahnya".

Setelah mendengar titah Raja tersebut, Pak Kaduk dengan suka citanya bersetuju untuk menukar ayam sabungannya dengan Raja. Setelah pertukaran dibuat, baginda Raja bertanya pada Pak Kadok "apakah pertaruhannya kita kali ini?". Maka sembah Pak Kadok, "ampun tuanku, patek ini tiada harta hanya kampung tempat tinggal patek yang ada, jadi kampung tersebut patek pertaruhkan". Baginda Raja bersetuju dengan apa yang Pak Kadok persembahkan.

Pak Kadok mengadaikan kampung halamannya sebanyak 100 Rial atas persetujuan bersama baginda Raja. Tetapi baginda Raja telah menyorok sebahagian wang gadaian tersebut. Setelah persetujuan pertaruhan selesai penyabungan pun bermula.

Dalam pertempuran tersebut ayam sabungan Pak Kadok Si Kunani telah berjaya mengalahkan ayam sabungan Baginda Raja Si Jalak. Setelah melihat Si Jalak sudah mati, Pak Kadok melompat kegembiraan sehingga terlupa bahawa Si Kunani telah menjadi milik Raja. Oleh kerana terlalu asyik melompat kegembiraan seluar dan baju kertasnya tadi habis terkoyak dan bertaburan, bertelanjang bulatlah Pak Kadok di khalayak ramai.

Semua orang termasuk baginda Raja tertawa terbahak-bahak melihat telatah Pak kadok. Baru Pak Kadok perasan bahawa pakaiannya sudah koyak semuanya. Pak Kadok berasa amat malu lalu terus melarikan dirinya tanpa menoleh kiri dan kanan.

Baginda Raja berkata, "malang sungguh Pak Kadok ayam sabungnya menang tapi kampung tergadai.

Ini adalah sebahagian cerita Pak Kadok yang banyak memberikan kita pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan yang mendatang. Fikir-fikirkan lah.(manns'gor)


rujukan

wikipedia




Khamis, Mac 05, 2009

Peringatan Buat Mereka Yang Tersasul



Khabarkan pada mereka
Bahawa hidup ini sementara

Khabarkan pada mereka
Bahawa hidup ini bukanlah untuk mengadai maruah

Khabarkan pada mereka
Bahawa hidup ini bukanlah untuk melacur jiwa

Khabarkan pada mereka
Berubahlah sebelum hidup pergi dari alam nyata

Khabarkan pada mereka
Berubahlah sebelum sumpah semalam melaknat jiwa

Khabarkan pada mereka
Bangkitlah sebelum jauh meninggalkan tempat asal
Kerana tidur yang disangka lena tidak semestinya didalam syurga
(manns'gor)

Isnin, Mac 02, 2009

Selangor lwn Kelantan

Gambar yang sempat saya rakamkan

Malam minggu yang lepas saya ke stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan liga super antara pasukan kesayangan saya Selangor D.Ehsan menentang Kelantan D.Naim. Seperti sebelumnya saya akan pergi menonton bersama sahabat saya Fadhil. Kami masih lagi menyokong perkembangan bola sepak tanah air, walaupun agak suram kebelakangan ini.

Agak mengejutkan juga jumlah kehadiran penyokong dari kedua belah pasukan. Ini menunjukan tanda positif bagi perkembangan bola sepak tanah air. Kami sampai di stadium selepas waktu magrib, seperti selalunya. Hingar-bingar mula kedengaran apabila kami menghampiri stadium.

Seperti biasa perlawanan dimulakan pada jam 8.45 mlm. Perlawanan bermula dengan garang apabila berbalas serangan antara satu sama lain. Pasukan Selangor mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol, bagaimanapun berhasil menjaringkan gol pertama pada minit ke 4 menerusi R. Surendren hasil lorongan cantik Amirul Hadi dari sebelah kanan. Selepas gol awal tersebut perlawanan bertambah rancak, pada minit ke 39 bek tengah Selangor telah dilayangkan kad merah kerana mengasari pihak lawan. Perlawanan terhenti seketika apabila pemain-pemain Selangor membuat bantahan terhadap keputusan pengadil. Walau bagaimana pun tiada insiden yang kurang menyenangkan berlaku, perlawanan diteruskan hingga tamat separuh masa pertama dengan kedudukan kekal 1-0.

Dengan kekurangan seorang pemain pasukan Selangor di serang dengan bertubi-tubi oleh pasukan Kelantan di separuh masa kedua untuk mencari gol penyamaan. Pada pengamatan saya pemain-pemain Selangor telah bermati-matian mempertahankan kubu pasukan mereka. Cuma sekali-sekala Selangor berupaya membuat "counter attack". Pada minit ke 68 Safee Sali berjaya melepasi perangkap off-side tetapi dijatuhkan oleh pertahanan Kelantan berdekatan garisan gol. D.Surendren dengan tenang menyepak masuk gol kedua Selangor hasil sepak percuma tersebut. Dengan gol tersebut telah menyentap semangat pasukan Kelantan dalam cubaan mereka menyamakan kedudukan.

Pada minit ke 77 penjaga gol pasukan Kelantan Halim Napi dilayangkan kad merah pula kerana dengan sengaja membaling bola keatas pemain Selangor C.Premnath. Ini menambahkan lagi kedukaan pasukan Kelantan. Keseimbangan setara antara pasukan apabila masing-masing bermain dengan 10 orang. Akhirnya pasukan Selangor berjaya menambah satu gol lagi pada masa kecederaan menerusi pemain muda C.Premnanth hasil lorongan cantik ketua pasukan Amri Yahya.

Secara keseluruhan saya melihat perlawanan tersebut amat menarik dan kekuatan seimbang. Dengan kehadiran penonton yang hampir mencecah 50,000 satu petanda baik untuk kesinambungan bolasepak negara kita. Saya berpendapat setiap pasukan harus menyediakan pasukan terbaik dalam mengharungi kejohanan tersebut kerana pasukan yang terbaik dapat menarik penyokong untuk datang ke stadium. Persatuan jangan ambil sambil lewa dalam hal berkaitan kalau ingin melihat kebangkitan semula bolasepak negara kita. Majulah sukan untuk negara dan warga semua. (manns'gor)

Rabu, Februari 25, 2009

HARTANAH MELAYU DI KUALA LUMPUR


Setelah meneliti dan membaca beberapa rencana, web dan blog disini saya titipkan summary berkenaan hartanah milik orang melayu di Kuala Lumpur. Sehingga Jun 2008 mengikut statistik pemilikan hartanah di Kuala Lumpur masyarakat Melayu hanya memiliki 21.7% iaitu bersamaan 93,000 daripada 429,130 unit keseluruhannya. Statistik tersebut dibentangkan oleh Ketua Unit Pembangunan Harta Tanah Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mohd Sahak Surip, menunjukkan bahawa kaum Cina mendahului senarai keseluruhan pemilikan hartanah iaitu sebanyak 52.1% bersamaan 223,172 unit, manakala kaum India pula sebanyak 5.1% bersamaan 21,880 unit, lain-lain kaum pula memiliki sebanyak 4.8% bersamaan 20,472 unit dan selebihnya 16.3% bersamaan 70,066 unit dimiliki oleh syarikat atau agensi.

Bagi kategori unit komersial pula daripada jumlah keseluruhan itu kaum Melayu hanya memiliki 5.7% bersamaan 4,737 unit, berbanding kaum Cina yang jauh lebih tinggi dengan pemilikan sebanyak 49.0% bersamaan 40,634 unit, kaum India pula memiliki 2.9% bersamaan 2,365 unit dan lain-lain kaum memiliki 3.8% bersamaan 3,179 unit sementara selebihnya adalah milik syarikat atau agensi iaitu 38.6% bersamaan 32,061 unit. Untuk pemilikan rumah kediaman kaum Cina juga jauh mendahului dengan pemilikan sebanyak 53.1% bersamaan 181,167 unit berbanding kaum Melayu hanya memiliki 25.8% bersamaan 88,209 unit, kaum India pula memiliki sebanyak 5.7% bersamaan 19,493 unit dan lain-lain kaum memiliki 5.0% bersamaan 17,194 unit manakala selebihnya sebanyak 10.3% bersamaan 35,266 unit dimiliki syarikat dan agensi.

Kaum Cina juga jauh mendahului dalam kategori hartanah industri dengan pemilikan 39.8% bersamaan 1,888 unit berbanding kaum Melayu yang hanya memiliki 1.1% bersamaan 53 unit. Kaum India pula mewakili peratusan terkecil dengan pemilikan sebanyak 0.4% bersamaan 20 unit berbanding lain-lain kaum sebanyak 1.77% bersamaan 84 unit dan selebihnya sebanyak 56.9% bersamaan 2,702 dimiliki oleh syarikat dan agensi. Bagi kategori institusi pula, kaum Melayu memiliki 1.3% bersamaan 1 unit pemilikan hartanah berbanding kaum Cina dan lain-lain kaum yang masing-masing memiliki 29.5% dan 19.2% bersamaan 23 dan 15 unit manakala kaum India memiliki 2.6% bersamaan 2 unit hartanah dan syarikat atau agensi mewakili 47.4% bersamaan 37 unit hartanah.

Daripada statistik diatas jelas kita dapat melihat betapa ketinggalannya kaum Melayu dalam pemilikan hartanah khususnya di Kuala Lumpur. Rata-rata kita boleh melihat berapa kerat sangat hak milik hartanah yang dimiliki oleh kaum Melayu. Lihat sahaja taman-taman perumahan yang tumbuh bagai cendawan tapi siapakah yang mampu membeli rumah kedai yang ada ditaman-taman perumahan tersebut, ataupun rumah-rumah mewah yang di setengah tempat orang sanggup beratur dari pagi untuk mendapatkannya. Lihat sahaja pusat membeli-belah seperti KLCC, Mega Mall, Starhill, Lot 10 dan baru-baru ini Pavilion berapakah unit kedai di situ dimiliki oleh kaum Melayu. Perangkaan menunujukan pemilikan kaum Melayu dalam bangunan komersial hanyalah sebanyak 11.7% pada tahun 2005 berbanding 71.9% kaum Cina, 4.6% kaum India dan 11.8% bagi lain-lain kaum. Manakal di belakang Sungai Wang Plaza ada sebuah bangunan yang menjual komputer dan peralatan komputer iaitu bangunan Low Yat. Tidak ada satu pun unit kedai yang beratus-ratus bilangan di situ milik kaum Melayu. Secara matematiknya kalau ada lagi pembinaan bangunan besar-besar kaum Melayu tidak akan mampu untuk memilikinya.

Disini ingin saya menyingkap sedikit sejarah Kuala Lumpur pada tahun 1800 ianya hanya merupakan sebuah perkampungan orang Melayu yang kecil. Hampir seratus peratus penduduknya adalah orang Melayu dan hampir kesemua hartanah di kuasai orang Melayu. Kuala Lumpur mula dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor Raja Abdullah membuka Lembah Klang untuk perlombongan bijih timah. Sementara pekan itu membesar, Inggeris yang menjajah Malaya pada ketika itu merasa mereka harus melantik kapten kepada orang Cina untuk mentadbirkan settlement itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapten Cina yang pertama adalah Hiu Siew. Manakala yang berjaya memajukan Kuala Lumpur dari pekan perlombingan kecil yang sunyi hingga menjadi bandar Selangor yang utama adalah Kapten yang ketiga iaitu Yap Ah Loy.

Kuala Lumpur maju dengan cepat semenjak kepesatan ekonomi Asia pada awal 1990an. Pencakar langit telah dibina dan Kuala Lumpur yang dulunya merupakan sebuah kota kara penjajah yang tidak bermaya telah menjadi satu bandar yang tersibuk dan maju. Dalam masa yang sama penduduk Melayu yang dulunya merupakan penduduk majoriti sekarang menjadi penduduk minoriti. Orang melayu juga tidak lagi menguasai sepenuhnya hartanah di Kuala Lumpur.

Berdasarkan statistik diatas dapat kita rumuskan betapa kaum Cina di Malaysia dari generasi ke generasi telah berjaya membina dan memantapkan lagi asa ekonomi mereka yang awalnya hanya tertumpu kepada sektor perlombongan hingga sekarang menjalar ke bidang memaju hartanah. Hakikatnya tanah orang Melayu di Malaysia semakin terhakis dan terus terhakis. Jika dua ratus tahun dahulu hampir 100% tanah di Kuala Lumpur milik orang Melayu tetapi sekarang hanya tinggal 20% masih dimiliki orang Melayu. Persoalannya sampai bilakah 20% itu boleh bertahan.

Kenapa ianya terjadi, mengapa ianya begini, apakah ianya berterusan, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan, apa yang perlu dilakukan..ini adalah antara persolan yang harus kita fikir-fikirkan bersama agar anak cucu kita di masa akan datang mendapat manafaat yang sepatut di negara kita sendiri. Fikir-fikirkan lah...(manns'gor)

Isnin, Februari 23, 2009

BAHASA MELAYU @ MALAYSIA


Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia dibawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun dahulu. Pertumbuhan bahasa Melayu boleh dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Terjumpanya batu bersurat yang bertarikh 682 Masihi di Sumatera Selatan merupakan rekod terawal bahasa Melayu Kuno.

Asal-usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanpun istilah Melayu adalah sangat baru dan ia timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi dimananya letak kerajaan Mo-lo-yeu tidak dapat dipastikan, ada yang menyatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang menyatakan di Jambi Sumatera. Ada juga yang berpendapat bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah dan ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.

Bahasa Melayu ditutur hampir 300 juta penduduk dunia dan mengikut statistik merupakan bahasa yang keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, Inggeris dan Hindi.

Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek dan setiapnya mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Contohnya, bahasa Melayu Jawa atau lebih dikenali bahasa Jawa diselaputi banyak perkataan yang tidak difahami atau ketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain daripada itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Dahulunya bahasa tersebut banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti P.Pinang dan Melaka.

Penggunaan bahasa Melayu di negara-negara lain berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada tahun 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India sama seperti di Brunai. Berbeza sekali di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Timor Leste juga menjadikan Bahasa Indonesia sebagai bahasa berkerja. Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi ( Inggeris, Cina, India dan Melayu). Di selatan Thailand bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani teatpi tidak mendapat sebarang pengiktirafan daripada kerajaan Thailand.

Bahasa tersebut dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama paling popular adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Di negara kita umpamanya berlaku beberapa kekeliruan di kalangan rakyat mengenai apakah nama yang sepatutnya digunakan sebagai nama rasmi. Istilah Bahasa Malaysia ini timbul secara sepontan selepas 13 Mei 1969. Ini terbukti dalam liputan akhbar waktu itu. Pada waktu tersebut wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun dalam perlembagaan Malaysia tiada perubahan.

Pada tahun 1986 istilah Bahasa Malaysia ditukar kepada Bahasa Melayu, menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Namun begitu, pada 4 Jun 2007 kabinet membuat keputusan untuk menukar penggunaan Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia.

Walau apa pun istilah yang diperkenalkan, pada hemat saya penggunaan Bahasa Melayu @ Malaysia di negara kita ini masih lagi tidak di gunakan secara total seperti apa yang diadaptasikan di negara Indonesia. Sepatutnya perlu dilakukan sesuatu untuk menyemai semangat dikalangan rakyat untuk menggunakan Bahasa Melayu @ Malaysia. Kita dah merdeka hampir 51 tahun tetapi penjajahan dari segi bahasa masih berleluasa. Saya bukan tidak bersetuju dengan bahasa lain, kita boleh mempelajari bahasa lain tapi sebagai warganegara sepatutnya kita mendahulukan bahasa kebangsaan kita. (manns'gor)




Selasa, Februari 17, 2009

Dato' Mokthar Dahari

Bersaing dengan Khalid Ali

Bersama Maradona

Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari

Mengikut ranking keluaran Fifa pada 11 Feb lepas, kedudukan pasukan Malaysia turun lagi ke tangga 161. Nampaknya situasi pasukan negara bertambah parah, tiada peningkatan. Manakala di Asean pula pasukan negara berada di tangga ke 6 amat mengecewakan. Itu belum lagi kita perkatakan diperingkat Asia. Ketika dahulu kita adalah pasukan yang sebaris dengan Korea, Jepun, Morocco dan beberapa negara lain di Asia. Kini di kelompok Asean sendiri pun kita dah ketinggalan.

Rentetan situasi ini mengingatkan saya pada pasukan bolasepak kita pasa tahun 1972 dan 1980, apabila kita mampu melayakkan diri ke sukan Olimpik. Kekadang benak ini terfikir kenapa dulu boleh, sekarang tidak...apa yang terjadi...apa yang kurang atau apa yang tak kena...apakah pembangunan sukan bolasepak kita yang diwar-warkan tak menjadi...adakah fasiliti kita kurang ataupun permasalahan pemain-pemain itu sendiri?. Ini adalah persoalan asas yang pendapat saya rasakan perlu ada jawapan yang konkrit bukan sekadar melepaskan bantuk ditangga.

Suatu ketika dahulu kita mempunyai satu nama besar dipersada antarabangsa yang tidak asing lagi bagi peminat bolasepak negara, tak lain tak bukan Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari. Beliau mendapat jolokan Super Mokh kerana kehebatannya menjaringkan gol di sepanjang kariernya dari tahun 1971 hingga 1987. Saya titipkan serba sedikit biodata tentang Allahyarham;

Dilahirkan di Setapak Kuala lumpur. Mendapat pendidikan awal di S.K. Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin. Beliau berkahwin dengan Tengku Zariana Tengku Ibrahim dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohd Redza, Nur Azera dan Nur Arina. Mula mewakili pasukan Selangor pada tahun 1971 dalam kejohanan Piala Burnley dan Piala Malaysia pada tahun 1972. Pesta Bola Merdeka pada tahun 1972 adalah merupakan penampilan sulung buat beliau bersama pasukan bolasepak kebangsaan. Ketika perlawanan Pra Piala Dunia di Seoul pada tahun 1985 adalah penampilan terakhir beliau dalam skuad kebangsaan. Mempunyai kaps 167, menjaringkan 177 gol di Piala Malaysia dan 125 gol di peringkat antarabangsa. Menjaringkan gol penyamaan ketika menetang pasukan England B adalah merupakan jaring beliau yang terbaik. Membantu pasukan Selangor memenangi Piala Malaysia sebanyak 10 kali. Pernah membantu pasukan negara memenangi pingat gangsa di Sukan Asia Tehran pada tahun 1974. Dipilih sebagai Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1976. Menerima beberapa anugerah diantaranya Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 1977, Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato' pada tahun 2000 dan Darjah Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A) pada tahun 2001 yang juga membawa gelaran Dato'. Pada tahun 1989 disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy, berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut tetapi pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan. Pada tahun 1990 keadaan beliau semakin tenat dan kritikal. Pada hari Khamis bersamaan 11 Julai 1991, jam 8.25 pagi beliau menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Subang.

Beliau yang masih dikenanag sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 18 tahun. Biar pun generasi muda masa kini tidak begitu mengenali beliau sebagai bintang negara, tetapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya sebagai pemain yang mempunyai bakat semulajadi yang berjaya mengangkat imej bolasepak negara setaraf ataupun sebaris dengan jaguh bolasepak dunia.

Pada usia 23 tahun beliau yang lebih terkenal dengan jolokan Super Mokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Negara. Walaupun kelibat pemain istimewa seperti beliau yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Apa pun kehilangan permata paling berharga bolasepak negara, tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bolasepak negara kembali bersinar seperti sebelumnya. Segalanya diharapkan FAM sendiri dapat mencari formula yang terbaik dalam meningkatkan mutu bolasepak kita dan mengangkatnya pada kedudukan yang sepatutnya. Apa jua permasalahan yang timbul mestilah diselesaikan dengan telus dan jangan ada agenda peribadi disebaliknya.(mannsgor)

Jumaat, Februari 13, 2009

Pemimpin dan Dosa


Dalam situasi politik di negara kita tika ini saya amat tertarik dengan tulisan Imam Adz-Dzahabi atau nama sebenarnya Syamsuddin Muhamad Bin Utsman dalam bukunya dosa-dosa besar, ia memuatkan 70 perkara yang membawa kepada terjadinya dosa besar. Diantara yang menarik perhatian saya ialah, pemimpin penipu dan penganiaya rakyat adalah suatu dosa besar.

Saya melihat sebahagian pemimpin kita yang sedia ada waktu ini semacam terlupa pada apa itu dosa. Umpamanya ketika akan berlakunya pilihanraya, masing-masing bakal pemimpin begitu gairah berkempen dengan taburan janji segala, sanggup turun sawah, duduk bersila, minum dekat warong kopi dan pelbagai lagi yang dibuat 5 tahun sekali. Lepas pada itu wassalam la jawabnya. Mereka selepas berjaya akan lupa segala janji, apa yang ada dibenak mereka adalah kenikmatan untuk diraikan bersama-sama rakan kroni. Saya tidak menyatakan semuanya yang sebegitu tetapi sebahagian besarnya ya.

Dalam kegairahan para pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat menikmati kemenangan diharapkan janganlah lupa pada tanggungjawab yang diamanahkan, janji yang dijanjikan dan berlaku adil pada setiap keputusan. Ingatlah terutama pada pemimpin-pemimpin yang beragama Islam bahawasanya kalau mereka tidak berlaku jujur, tidak amanah, tidak adil, menipu mahupun menganiaya rakyat maka neraka la tempat mereka.

Banyak ayat Al-Quran dan Hadis menceritakan perkara tersebut.

Diantarnya Allah berfirman;

Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak mereka itu mendapat azab yang pedih (Asy-Syura:42)

Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat orang-orang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada meraka sampai hari yang waktu itu mata (mereka) terbelalak. Mereka datang bergegas-gegas dengan mengangkat kepalanya sedang, mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong. (Ibrahim: 42-43)

Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. (Al-Maidah: 79)

Rasulullah SAW bersabda;

Barang siapa yang menipu kita, maka ia bukan termasuk golongan kita. (Shahih. Diriwayatkan oleh Ahmad Muslim, Abu Awanah, Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)

Barang siapa diangkat oleh Allah untuk memimpin rakyatnya kemudian dia tidak mencurahkan kesetiannya nescaya Allah mengharamkan syurga baginya.
(Hadis riwayat Bukhari)

Manusia yang berat siksanya pada hari kiamat adalah penguasa yang sewenang-wenang. (Diriwayat oleh Abu Ya'la (1083), Ath-Thabrani Ausath(1618,4633), Ash-Shaghir (1/237), Abu Nu'aim(10/114), dari Abu Said dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh dalam shahih Al-Jami(1001).

Diantara doa Rasulullah SAW;

Ya Allah barangsiapa yang mengurus urusan umatku ini lalu ia mengasihi mereka, maka kasihilah ia, dan siapa yang menyusahkan mereka maka susahkan la ia. (Diriwayat oleh Ahmad(6/93), Muslim(1828), Ibnu Hibban(553) dan Al-Baghawi(2471) dari Aisyah.

Itulah diantara ayat Al-Quran, hadis dan doa Rasullulah saw yang sempat saya titipkan untuk menerangkan bahawa betapa besarya dosa yang akan dipikul oleh pemimpin-pemimpin yang berlaku zalim dan menganiaya rakyatnya. Oleh itu para pemimpin sekalian janganlah kamu hanya memikirkan keuntungan dan kebendaan sehingga melalaikan tanggungjawab kamu terhadap rakyat kerana dosa yang menanti kamu adalah dosa besar. Untuk rakyat pula ingatlah jangan disokong pemimpin yang sebegitu, kita mempunyai segala yang dikurniakan Allah untuk melihat, memikir dan memilih pemimpin yang betul. Kita perlu berubah untuk kebaikan bersama. Wallahualam.(manns'gor)


Rujukan:
Dosa-dosa besar
Imam Adz-Dzahabi

Sabtu, Februari 07, 2009

KUASA DAN BERKUASA


Rampasan kuasa adalah satu "penggulingan kekuasaan" suatu kerajaan biasanya secara keras dan tiba-tiba oleh golongan tertentu selalunya tentera dalam sesebuah negara dan akan digantikan dengan kerajaan lain samada awam atau tentera. Itu adalah diantara definisi tentang rampasan kuasa.

Bercerita tentang rampasan kuasa, saya merasakan perlu diadakan rampasan kuasa sekiranya ada permasalahan kritikal terhadap kerajaan yang memerintah tapi kalau rampasan kuasa dilakukan hanya untuk kepentingan seseorang adalah tidak wajar sama sekali. Contoh yang terdekat apa yang berlaku di Perak. Saya tidak nampak apa rasionalnya BN merampas kuasa dengan cara yang sebegitu. Ianya hanya akan menunjukan bahawasanya kelemahan parti BN itu sendiri. Saya melihat mereka bersorak gembira dengan cara kemenangan yang sebegitu. Kemenangan yang diraih bukanlah kemenangan yang sepatutnya dimenangi. Sebenarnya sokongan rakyat, sokongan pengundi itu adalah kemenangan mutlak.

Saya tetap menyatakan bahawa melompat dari parti ke parti adalah tidak wajar dan tidak berhemah sama sekali, tidak kiralah sama ada BN ke PR atau sebaliknya. Ianya tidak sepatutnya berlaku pada mereka yang telah bergelar wakil rakyat, yang sepatutnya menjadi contoh dan teladan. Saya tetap menyatakan pilihan raya yang adil adalah perkara yang sepatutnya dilakukan untuk mengetahui sokongan rakyat ataupun sebaliknya.

Jumaat, Februari 06, 2009

RASUAH


Definasi Rasuah

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan kata umum batil iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Rasuah ataupun corruption dalam Bahasa Inggeris tidak diberi difinisi didalam undang-undang Malaysia.

Rasuah menurut Islam

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudaratan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.

Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Quran dan hadis. Allah SWT berfirman:
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain diantara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa padahal kamu mengetahuinya. (Al-Baqarah : 188).

Punca utama rasuah.

1. Ingin cepat kaya dan hidup mewah.
2. Suka hidup bermegah-megah.
3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni.
4. Kurangnya pendidikan keagamaan.
5. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan.
6. Kelemahan peraturan atau sistem pelaksanaan.

Kesan buruk dari rasuah.

1. Jalan mudah ke neraka.
2. Menghancur keadilan dalam masyarakat.
3. Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran.
4. Muncul masyarakat yang pentingkan diri sendiri.
5. Menghasilkan hasil kerja yang buruk.
6. Kos pengurusan akan meningkat.
7. Pengurusan pentadbiran menjadi lewat dan lembap.
8. Muncul sijahat yang bertambah jahat.
9. Menyebabkan pembahagian kekayaan yang tidak seimbang.

Kesimpulan.

Rasuah adalah haram didalam Islam disebabkan kesan yang dibawa kedalam sesebuah masyarakat dan Negara. Maka sesiapa yang membenarkan perutnya dan keluarganya diisi dengan hasil rasuah akan menjahanamkan diri juga negara. Semoga kita sama-sama ingat mengingati antara satu sama lain dalam mengharungi perjalanan kehidupan. (manns'gor)

Rujukan:
www.zaharuddin.net
www.baheis.islam.gov.my
www.tatiuc.edu.my

Khamis, Februari 05, 2009

Situasi di Perak


Kemelut diPerak nampaknya bertambah teruk. Lompat melompat terus melompat. Pada pendapat saya, kita rakyat ni macam langsung dipedulikan mereka yang diatas sana. Kita telah memberikan mereka tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan tidak dilakukan. Mereka hanya mementingkan diri sendiri. Mereka sanggup melakukan apa saja agar apa yang dihajati terlaksana.

Sepatutnya perlu ada kesedaran dan keinsafan pada mereka-mereka yang telah dilantik oleh rakyat, jadi fikirlah tentang rakyat buat apa yang patut. Bercerita tentang lompat melompat ni saya memang tidak bersetuju langsung, kita sebagai manusia kenapa pula nak menjadi yang lain. Sepatutnya apabila berakhirnya pilihanraya, yang terpenting adalah menjalankan tanggungjawab, bukannya sibuk dengan lompat melompat. Memang tidak berhemah orang yang melompat dan juga orang yang menerima orang yang melompat. Kenapa perlu menerima orang yang tidak mempunyai pendirian tetap.

Saya juga mengharapkan agar diadakan pilihanraya semula, biar rakyat menentukan yang mana patut memerintah. Pilihan rakyat adalah yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut di Perak. Pulangkanlah hak tersebut kepada rakyat.

Isnin, Februari 02, 2009

Lompat Parti

Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering)

Situasi langskap politik negara kini lebih bahang dari kayu api yang membakar sate, dengan pelbagai variasi yang dapat saya tatap di laman blog berorientasikan cerita lompat parti. Kejutan dari adun Bota yang melompat dari BN ke PR adalah amat mengejutkan khususnya bagi ahli-ahli umno di Perak mahupun di Putra Jaya. Umpama dikejutkan dari tidur pukul 4 pagi. Kini heboh pula pasal dua adun PKR pula yang pada mulanya telah menghilangkan diri hampir 5 hari dan pada khabar yang terkini telah pula meletakan jawatan dari adun. Mengikut sumber-sumber terkini yang saya dengar mereka menyatakan surat perletakan jawatan tersebut tidak sah pula. Macam-macam.

Pada tengahari pula di berita, Pak Lah ada menyatakan bahawa ada dua adun PKR akan melompat ke BN. Kisah lompat lagi. Pada pendapat saya soal melompat parti seharus tidak berlaku kalau setiap adun mempunyai pendirian yang tetap, melupakan soal kemewahan dan mementingkan tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam situasi sekarang saya sendiri nampak bahawasanya politik sekarang ni lebih berteraskan kebendaan. Walau bagaimana pun mungkin setiap adun yang melompat ada alasan mereka tersendiri, yang penting fikirlah tentang rakyat. Jangan hanya melepaskan tengkok sendiri sahaja.

Pilihanraya kecil mungkin akan berlaku lagi di kedua dun tersebut. Untuk rakyat buatlah pilihan terbaik, masing-masing sudah dapat menilai yang kaca dan yang mana intan. Buatlah pilihan yang terbaik.


Isnin, Januari 26, 2009

Gerhana Matahari


-Gerhana Matahari di Johor, Isnin 26 Jan

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, sekali lagi
Allah jadikan fenomena gerhana matahari ini sebagai tanda kebesaranNya.
Gerhana matahari separa 75% ini dijangka akan berlaku pada hari Isnin 26
Jan 2009 bersamaan 29 Muharram 1430H kira-kira jam 6.04 petang.
InsyaAllah.

Sebagai hambanya, sewajarnyalah kita menunaikan solat sunat gerhana yang
hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan. Ini
berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang
bermaksud:-

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda
(kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana
kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila
kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga
kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.(Imam Muslim)

Allah berfirman maksudnya:-

"Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada
bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah".(Surah Fussilat
ayat 37)

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau
Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana
bulan atau matahari. Disunatkan juga untuk mandi untuk solat gerhana,
seperti hendak solat Jumaat dan sunat menyampaikan/mendengar dua khutbah
seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana
sudah hilang.

Pesanan saya, carilah mana-mana surau/majid yang melaksanakan solat dan
khutbah gerhana ini tanda kita mukmin bertaqwa yang teguh memegang
syariat dan memelihara syiarnya.

Jundullah...

email dari sahabat saya,
fadzil_badli@mypanasonic.com

BOLA MALAYSIA

Perlawanan Malaysia menentang Chelsea

Minggu lepas, kita mendengar berita kekalahan pasukan bolasepak kita kepada UAE 5-0. Banyak kritikan yang dilemparkan pada pasukan khususnya ketua jurulatih En. Satia. Pada hemat saya pasukan kita masih jauh ketinggalan, penyusunan kembali organisasi FAM adalah amat perlu di samping pembangunan yang serius. Dengan kondisi yang ada saya telah lebih awal merasakan pasukan kita akan kalah. Walau sesiapapun yang akan mengantikan En. Satia ianya tidak dapat merubah situasi disebabkan pemain-pemain yang sedia ada tidak cukup berkemampuan mahupun pengalaman. Jika distatistikan berapa ramai pemain kebangsaan kita yang bermain diluar Malaysia kita tidak dapat menghitung apa-apa.

Sekarang bukanlah masa untuk kita terus mengkritik atau menuding jari ketas satu sama lain kerana ia tidak akan dapat memperbetulkan apa yang berlaku malahan akan menjadi lebih parah. Sepatut masing-masing perlu memberikan suatu idea atau pembaharuan ataupun kritikan yang disertakan solutionnya bukan seperti ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung. Saya pun tertanya-tanya apakah agaknya yang difokuskan oleh FAM dalam menangani permasalahan ini.

Saya merasakan struktur FAM perlu digubal sepenuhnya dari pucuk hingga ke akarnya. Pucuk hingga ke akar perlu pembaharuan dari semua aspek. Penglibatan profesional adalah yang terpenting. Kita perlukan orang yang faham erti bolasepak dalam merencanakan struktur FAM sendiri. Selepas FAM begitu profesional dan bukan emosional saya dapat merasakan keseluruhan bolasepak Malaysia akan profesional. Barulah kita dapat melancarkan perjalanan pembangunan bolasepak kita.

Khamis, Januari 22, 2009

Mempunyai Blog


Alhamdulilah, saya telah pun mempunyai blog sendiri. Ini adalah percubaan yang pertama saya untuk menulis. Saya amat berterimakasih kepada blogger yang telah mempaparkan cara untuk membuat blog sendiri. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya saya berjaya.

InshaAllah saya akan berkongsi maklumat, cerita atau apa pun sahaja yang boleh dipaparkan untuk tatapan bersama.