Rabu, Februari 25, 2009

HARTANAH MELAYU DI KUALA LUMPUR


Setelah meneliti dan membaca beberapa rencana, web dan blog disini saya titipkan summary berkenaan hartanah milik orang melayu di Kuala Lumpur. Sehingga Jun 2008 mengikut statistik pemilikan hartanah di Kuala Lumpur masyarakat Melayu hanya memiliki 21.7% iaitu bersamaan 93,000 daripada 429,130 unit keseluruhannya. Statistik tersebut dibentangkan oleh Ketua Unit Pembangunan Harta Tanah Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mohd Sahak Surip, menunjukkan bahawa kaum Cina mendahului senarai keseluruhan pemilikan hartanah iaitu sebanyak 52.1% bersamaan 223,172 unit, manakala kaum India pula sebanyak 5.1% bersamaan 21,880 unit, lain-lain kaum pula memiliki sebanyak 4.8% bersamaan 20,472 unit dan selebihnya 16.3% bersamaan 70,066 unit dimiliki oleh syarikat atau agensi.

Bagi kategori unit komersial pula daripada jumlah keseluruhan itu kaum Melayu hanya memiliki 5.7% bersamaan 4,737 unit, berbanding kaum Cina yang jauh lebih tinggi dengan pemilikan sebanyak 49.0% bersamaan 40,634 unit, kaum India pula memiliki 2.9% bersamaan 2,365 unit dan lain-lain kaum memiliki 3.8% bersamaan 3,179 unit sementara selebihnya adalah milik syarikat atau agensi iaitu 38.6% bersamaan 32,061 unit. Untuk pemilikan rumah kediaman kaum Cina juga jauh mendahului dengan pemilikan sebanyak 53.1% bersamaan 181,167 unit berbanding kaum Melayu hanya memiliki 25.8% bersamaan 88,209 unit, kaum India pula memiliki sebanyak 5.7% bersamaan 19,493 unit dan lain-lain kaum memiliki 5.0% bersamaan 17,194 unit manakala selebihnya sebanyak 10.3% bersamaan 35,266 unit dimiliki syarikat dan agensi.

Kaum Cina juga jauh mendahului dalam kategori hartanah industri dengan pemilikan 39.8% bersamaan 1,888 unit berbanding kaum Melayu yang hanya memiliki 1.1% bersamaan 53 unit. Kaum India pula mewakili peratusan terkecil dengan pemilikan sebanyak 0.4% bersamaan 20 unit berbanding lain-lain kaum sebanyak 1.77% bersamaan 84 unit dan selebihnya sebanyak 56.9% bersamaan 2,702 dimiliki oleh syarikat dan agensi. Bagi kategori institusi pula, kaum Melayu memiliki 1.3% bersamaan 1 unit pemilikan hartanah berbanding kaum Cina dan lain-lain kaum yang masing-masing memiliki 29.5% dan 19.2% bersamaan 23 dan 15 unit manakala kaum India memiliki 2.6% bersamaan 2 unit hartanah dan syarikat atau agensi mewakili 47.4% bersamaan 37 unit hartanah.

Daripada statistik diatas jelas kita dapat melihat betapa ketinggalannya kaum Melayu dalam pemilikan hartanah khususnya di Kuala Lumpur. Rata-rata kita boleh melihat berapa kerat sangat hak milik hartanah yang dimiliki oleh kaum Melayu. Lihat sahaja taman-taman perumahan yang tumbuh bagai cendawan tapi siapakah yang mampu membeli rumah kedai yang ada ditaman-taman perumahan tersebut, ataupun rumah-rumah mewah yang di setengah tempat orang sanggup beratur dari pagi untuk mendapatkannya. Lihat sahaja pusat membeli-belah seperti KLCC, Mega Mall, Starhill, Lot 10 dan baru-baru ini Pavilion berapakah unit kedai di situ dimiliki oleh kaum Melayu. Perangkaan menunujukan pemilikan kaum Melayu dalam bangunan komersial hanyalah sebanyak 11.7% pada tahun 2005 berbanding 71.9% kaum Cina, 4.6% kaum India dan 11.8% bagi lain-lain kaum. Manakal di belakang Sungai Wang Plaza ada sebuah bangunan yang menjual komputer dan peralatan komputer iaitu bangunan Low Yat. Tidak ada satu pun unit kedai yang beratus-ratus bilangan di situ milik kaum Melayu. Secara matematiknya kalau ada lagi pembinaan bangunan besar-besar kaum Melayu tidak akan mampu untuk memilikinya.

Disini ingin saya menyingkap sedikit sejarah Kuala Lumpur pada tahun 1800 ianya hanya merupakan sebuah perkampungan orang Melayu yang kecil. Hampir seratus peratus penduduknya adalah orang Melayu dan hampir kesemua hartanah di kuasai orang Melayu. Kuala Lumpur mula dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor Raja Abdullah membuka Lembah Klang untuk perlombongan bijih timah. Sementara pekan itu membesar, Inggeris yang menjajah Malaya pada ketika itu merasa mereka harus melantik kapten kepada orang Cina untuk mentadbirkan settlement itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapten Cina yang pertama adalah Hiu Siew. Manakala yang berjaya memajukan Kuala Lumpur dari pekan perlombingan kecil yang sunyi hingga menjadi bandar Selangor yang utama adalah Kapten yang ketiga iaitu Yap Ah Loy.

Kuala Lumpur maju dengan cepat semenjak kepesatan ekonomi Asia pada awal 1990an. Pencakar langit telah dibina dan Kuala Lumpur yang dulunya merupakan sebuah kota kara penjajah yang tidak bermaya telah menjadi satu bandar yang tersibuk dan maju. Dalam masa yang sama penduduk Melayu yang dulunya merupakan penduduk majoriti sekarang menjadi penduduk minoriti. Orang melayu juga tidak lagi menguasai sepenuhnya hartanah di Kuala Lumpur.

Berdasarkan statistik diatas dapat kita rumuskan betapa kaum Cina di Malaysia dari generasi ke generasi telah berjaya membina dan memantapkan lagi asa ekonomi mereka yang awalnya hanya tertumpu kepada sektor perlombongan hingga sekarang menjalar ke bidang memaju hartanah. Hakikatnya tanah orang Melayu di Malaysia semakin terhakis dan terus terhakis. Jika dua ratus tahun dahulu hampir 100% tanah di Kuala Lumpur milik orang Melayu tetapi sekarang hanya tinggal 20% masih dimiliki orang Melayu. Persoalannya sampai bilakah 20% itu boleh bertahan.

Kenapa ianya terjadi, mengapa ianya begini, apakah ianya berterusan, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan, apa yang perlu dilakukan..ini adalah antara persolan yang harus kita fikir-fikirkan bersama agar anak cucu kita di masa akan datang mendapat manafaat yang sepatut di negara kita sendiri. Fikir-fikirkan lah...(manns'gor)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

No 1 budaya orang melayutu sendiri. Tuhan bukan suruh pikir soal mati aje 100%. Hidup pun kena susun, kena pikir. Orang yang bagus duduk di kawasan yang bagus bukannya sekadar.....faham fahamlah. Aku terkenang Ibrahim Yaakob. Orang melayu biasa yang lebih faham masaalah orang melayu. No 2 Merdeka dengan terpaksa beri kerakyatan pada pekerja asing itu bukan merdeka penuh. Begitu juga larangan pemilikan tanah untuk pekerja asing tak ada. Kuasa untuk pemilikan tanah kepada pekerja asing dipeggang oleh pejabat tanah british. Asalnya kuasa pemberian tanah dipeggang oleh pembesar melayu. Kad kerakyatan pun tak ada waktutu(maksudnya waktu aku belum lahir lagila). Lambatla nak bezakan antara rakyat melayu dan bukan melayu. Tengku abdurahman baru pemeggang ic no 1. Sebelum tu tak ada ic.