Isnin, Oktober 08, 2012

LAGI KISAH KEKEJAMAN BANK ISLAM


Saya seorang penganggur yang berusia lewat 30 tahun yang sukar mendapat pekerjaan disebabkan faktor usia dan kesihatan. Saya sudah pun tidak mempunyai pekerjaan tetap hampir 3 tahun dan tinggal di Lembah Kelang.
Boleh dikatakan pernah mempunyai pendapatan sehingga RM6000 sebulan sebelum menganggur tetapi sekarang sudah hampir 3 tahun menjadi warga kota mudah miskin dengan pendapatan bulanan puratanya tidak mencapai RM700. Memang sukar sekali dalam menguruskan kewangan diri dan keluarga.
Saya terbaca satu surat yang pernah tersiar mengenai seorang lelaki yang menganggur juga yang didakwa dizalimi oleh sebuah bank berjenama Islam iaitu Bank Islam Bhd. Saya ingin memberitahu semua bahawa saya juga dalam beberapa bulan ini menjadi mangsa kepada bank yang hanya membuatkan pinjaman secara Islam tetapi apabila klien mereka sukar membuat bayaran bulanan, klien akan diperlakukan seperti masyarakat Quraisy dan Yahudi. Mungkin lebih teruk daripada Quraisy dan Yahudi jika difikirkan. Saya mengaku sememangnya Bank Islam Bhd adalah kejam dan tidak berperi kemanusiaan.
Seperti yang cakapkan sebelum ini sejak ekonomi negara tenat pada tahun 2007, saya juga kehilangan pekerjaan tetap. Terpaksa berhenti daripada sambung pengajian dengan wang sendiri di sebuah IPT tempatan untuk PhD dan bekerja di stesen minyak dan kedai serbaguna 7-Eleven. Jika dulu-dulu kita mengetahui bahawa Mat-mat Bangla yang bekerja di tempat-tempat ini adalah mereka yang punyai Ijazah dan Masters dari Bangladesh tetapi sekarang saya akui saya sendiri pula malang di negara sendiri.
Berbalik kepada masalah kad Bank Islam saya. Bank Islam tidak menggunakan perkataan kad ’kredit’ pada kad mereka kerana kononnya tidak berlandas syarak. Walaupun tiada nama ’kredit’ sekali pun, cara mereka menagih hutang adalah kejam dan tidak bertanggungjawab. Saya walaupun sudah tidak bekerja tetap selama tiga tahun sejak 2007 tetapi berusaha membayar kad kredit Bank Islam ini setiap bulan. Hanya pada bulan Mac yang lepas sehinggalah 3 bulan saya gagal membayar minimum kerana keadaan kewangan yang terlalu nazak, akhirnya pihak Bank Islam menggunakan perkhidmatan along berlesen ataupun agensi pengutip hutang bagi menghubungi saya.
Namun demikian, walaupun saya terlewat membayar untuk 2 bulan pun, Bank Islam telah menghantar kes yang lewat 2 bulan itu kepada peguam mereka. Dan peguam mereka dengan menghantar satu surat notis telah menambahkan hutang saya sebanyak RM20 semata-mata untuk surat notis peguam tersebut. Sudahlah susah hendak membayar hutang minimum payment tetapi ditambah pula dengan RM20 kos notis guaman. Sebelum menghantar notis itu, tidak pula ada sesiapapun di bahagian kutipan Bank Islam menelefon terlebih dahulu. Nampak sangat Bank Islam ini tidak peka dengan masalah pelanggannya secara individu. Mereka hanya mementingkan kutipan hutang sahaja.
Seperti yang pernah pengadu menulis ke KL-Today.com dulu, saya akui bahawa agensi-agensi pengutip hutang ini memang hampir setiap hari menelefon menekan dan mengugut saya untuk saya bayar. Saya ingin terangkan di sini. Pihak bank perlu tahu ada dua golongan yang tidak membayar hutang. Golongan pertama adalah mereka yang ada duit tetapi sudah menjadi sikap tidak suka membayar hutang. Golongan kedua pula ialah mereka yang tidak membayar hutang kerana memang tidak ada duit. Oleh itu, saya sememangnya golongan yang kedua. Saya tidak suka pun tabiat tidak membayar hutang, tetapi sebab tiadanya wang lebihan, bagaimanakah hendak saya membayar hutang?
Pada 21hb Jun baru-baru ini, seorang agen pengutip hutang mereka telah mengugut saya dengan menghantar SMS dengan mengatakan akan menghantar surat sama kepada Ketua Jabatan saya kononnya untuk proceed dengan Perintah Bab D Tatatertib jika saya belum lagi buat bayaran. Benda inilah yang membuat saya naik radang kerana cubaan mereka hendak mendedahkan masalah kita kepada orang lain atau orang ketiga yang tidak ada kena-mengena langsung. Undang-undang negara dah jelas, kena ikut aturannya jika bank hendak mengutip hutang. Cara mereka ini adalah untuk mengaibkan kita. Ini adalah cara Along..sesungguhnya macam Along yang menampalkan poster si penghutang merata-rata..tetapi cara nak hubungi Ketua Jabatan kononnya lebih profesional yang dihalalkan oleh undang-undang?
Saya pun terus menelefon penghantar SMS berkenaan. Saya bertanya namanya tetapi tidak menjawab. Dari segi pertuturannya seperti perempuan India. Dia berkata kepada saya ’no money,no talk’. Saya memarahinya kerana membuat ugutan yang salah di sisi undang-undang. Dia menjawab balik pihak Bank Islam tidak kisah cara apa sekali pun mereka (agensi kutipan hutang) gunakan asalkan dapat wang tersebut daripada pelanggan. Nampak sangat Bank Islam menghalalkan cara kekejaman begini. Bila mereka sendiri iaitu Bank Islam tidak boleh buat yang menyalahi Islam kononnya, mereka gunakan orang luar untuk lakukan untuk mereka. Ini semacam Free Mason dan Illuminati punya stail. Malah perempuan ini ada berkata bahawa semata-mata hendak mengutip wang tersebut, mereka juga akan cuba menghubungi keluarga dan ibu bapa saya. Memang sudah sebiji macam ALONG!
Saya kemudiannya meminta untuk bercakap dengan superior dia dan mengambil masa juga untuk disambungkan kepada superior dia. Akhirnya, superior dia yang bernama Robert bercakap dengan saya dan beliau meminta maaf. Nampaknya, si Robert- lelaki India ini bercakap agak baik walaupun nampak keras juga di dalam percakapannya. Sebagai contoh, beliau ada berkata bahawa beliau faham tentang undang-undang dan terlepas kata, ”walaupun kami pukul Encik pun, Encik kena bayar juga hutangnya.” Robert ada akui bahawa pihak bank ada menekan mereka supaya lebih agresif dan menyelesaikan masalah-masalah hutang ini. Lagi sekali, bukti Bank Islam menghalalkan kezaliman.
Saya memberitahu Robert bahawa mereka tiada hak sekali pun membabitkan orang ketiga. Saya berkata padanya bahawa saya dah lama tidak bekerja dengan syarikat tersebut dan sudah pun mengemaskinikan maklumat ini dengan Bank Islam. Tetapi agensi ini tidak menerima apa-apa kemaskini pun. Apa yang ada pada mereka adalah maklumat semasa kad itu dipohon iaitu 6 tahun yang lalu pada tahun 2004.
Akhirnya Robert bersetuju memberikan saya sehingga 30hb Jun ini untuk membuat bayaran yang diminta dan saya tidak berjanji tetapi cuba mendapatkan wang sejumlah itu untuk dibayar. Robert mendesak saya meminjam wang sesiapapun asalkan daya membayar jumlah yang dituntut. Robert berkata beliau berbuat begitu supaya kad kredit saya itu tidak terus dipotong oleh Bank. Kononnya nak menyelamatkan nasib kad saya lah. Seperti dalam surat pengadu sebelum inilah, jika dah buat bayaran, Robert suruh saya kena hubungi dia. Pada awal perbualan mereka mendakwa mereka adalah pihak Bank Islam tetapi setelah ditekan oleh saya, mereka mendakwa mereka adalah peguam bank tetapi akhirnya mengaku bahawa mereka agensi kutipan hutang.
Baiklah dengan tarikh akhir baru pada 30hb Jun ini tetapi sebaliknya yang berlaku pula selepas perjanjian saya dengan Robert. Semalam, pada 23 Jun pula, perempuan yang sama telah sms kepada saya mengugut saya lagi dengan menyuruh saya bayar dahulu sebahagian tuntutan bayaran yang diminta pada tarikh ini. Sekali lagi dalam sms itu mengugut untuk dibawa kepada Ketua Jabatan. Kali ini saya tidak endahkan walaupun ada panggilan telefon daripada mereka.
Dan hari ini, satu lagi sms dihantar tengah hari tadi mengarahkan bayaran sebahagian itu sebelum esok 25 Jun. Kali ini dalam sms dia terkeluar nama perempuan India itu sebagai Thavamalar. Selepas beberapa jam menerima sms itu, perempuan itu menelefon saya dan bertanya pula sama ada saya sudah masukkan bayaran itu hari ini! Apa ceritanya di sini..Sudahlah sms suruh masukkan bayaran itu esok tetapi hari ini pula telefon suruh masukkan. Saya terus letak telefon tak tahan dengan tekanan ini.
Nombor telefon bimbit yang menghantar SMS itu ialah 019-4904078 dan 010-2084035 manakala nombor telefon pejabat operasi pula selalunya Private Number tetapi ada juga nombor yang tertera iaitu 03-78730830 dan 03-78730559.
Sebagai pemegang kad kredit Bank Islam ini sejak tahun 2004, antara yang pertama memegangnya ketika dilancarkan, saya berasa kesal dengan tindakan Bank Islam yang selalu melakukan caj yang tidak logik dan berkuasa untuk menukarkan apa-apa perjanjian. Ingatkan dalam urusniaga Islam, kenalah adil dan jika sudah dipersetujui, pihak pemberi kad tidak sepatutlah menukar perjanjian ikut suka hati mereka.
Jika dulu saya memakai kad tersebut kerana keunikan cajnya yang rendah tetapi sejak tahun 2008 mereka banyak mengubah isi-isi perjanjian. Ada saja terma-terma terselindung yang digunakan mereka. Untuk makluman pembaca, di dalam konsep pembiayaan ini ada konsep Tawidh ataupun ganti rugi jika pengguna gagal membayar minimum payment pada tarikh yang ditetapkan. Jika dulunya caj tawidh ini hanyalah RM5 maksimum jika terlewat bayar mengikut perjanjian asal tetapi caj tersebut telah dirombak menjadi 5% daripada jumlah tertunggak dan RM5 adalah minimumnya. Jika tertunggak adalah RM5,000 maka caj tawidh adalah RM25. Difahamkan wang tawidh akan diberikan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim dan kebajikan tetapi betulkah begitu? Saya mohon sesiapa yang mempunyai akses ke dalam laporan penyata kewangan Bank Islam tolonglah semak adakah mereka menyebut Tawidh sebagai jumlah berasingan? Jika tiada, maknanya dijadikan keuntungan bank semata-mata.
Bagi mereka yang sudah sukar menghadapi tekanan kewangan dalam hidup seperti saya, tambahan RM25 jika terlewat memang menyusahkan. Pertukaran caj ini berlaku dalam tahun 2008. Lihatlah bagaimana Bank Islam mengekploitasi nama baik Islam dengan menipu pengguna kad kredit mereka. Jika dulunya keistimewaannya menarik minat ramai pengguna bagi memilikinya, kali ini adalah jauh lebih teruk daripada kad kredit yang ditawarkan oleh bank-bank lain tak kira ikut Syariah atau tidak. Bukan itu sahaja, jika gunakan kad kredit bank Islam ini, tiada pula kelebihan mengumpul points dan program diskaun hebat macam kad-kad kredit ternama yang lain.
Saya kesal mengenali Bank Islam Bhd. Saya menggesa supaya orang ramai menolak dan tidak menggunakan kad tersebut kerana sudah banyak masalah yang timbul dengan Bank tersebut yang hanya tampil sebagai Islam sahaja tetapi tidak di dalam pengisiannya. Selagi hayat saya panjang, saya akan terus berkempen supaya pengguna menghindari produk Bank Islam sehingga pihak kerajaan terutamanya Lembaga Tabung Haji selaku pemegang saham terbesarnya melakukan perubahan yang mengindahkan semula perkhidmatan Islamnya.
Jika tidak, wang simpanan oleh penyimpan Islam di dalam Tabung Haji yang hendak mengerjakan haji mungkin tercemar kerana hasil Tabung Haji yang diagih dari keuntungan Bank Islam daripada sumber-sumber menekan orang Islam yang lain akan dilaknat Allah dan haji yang dilakukan dengan wang Tabung Haji nescaya tidak bersih.
Bagi para pengguna, banyak bank lain lagi yang menyediakan produk yang lebih Islamik kepada rakyat Malaysia. Mungkin dah sampai masanya pintu masuk Bank Islam diletakkan sticker ’HALAL’ oleh JAKIM jika memang HALAL!
Saya bukannya tidak mahu membayar hutang tetapi akan membayar sekali pun dengan interest jika saya ada wang lebihan. Saya pun bukannya suka berhutang. Tetapi sekarang ini saya tidak mampu biarpun RM20 setiap bulan. Tetapi dengan cara Yahudi begini, lagi muak dengan tekanan mereka. Mungkin berita dulu pernah ada dalam berita yang mati kena heart attack kerana diganggu panggilan dan sms bank dan agennya, mungkinkah angkara Bank Islam! 
sumber : KL-TODAY.COM
mannsgor

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang betul sangat Bank Islam ni macam celaka punya bank. Patut tak payah bubuh nama Islam tu...staff pun macam sial. Yang baik layan pelanggan pun ‘guard’ kat depan tu.

Staff muka macam .... macam bank tu bapak dia punya.

Kalau lewat memang guna orang ketiga macam samseng awak cerita nilah.

Tanpa Nama berkata...

Sepanjang masa telefon telefon tapi dalamasa yang sama hantar surat lawyer lepas tu macam sial cas kat kita. Macam awak cakaplah dahlah kita bermasalah nak cari duit nak bayar hutang tapi lagi ditambahnya hutang kita.

Tanpa Nama berkata...

Bank Islam hanya pandai berkata-kata n berhujah bagai untuk membuktikan bahawa depa mengamalkan perbankan yang halal. Tetapi, layak ker dipanggil bank "Islam" jika tidak berniat membantu saudara/saudari yang telah ditakdirkan dengan ujian kewangan sebegitu rupa? Rasanya kita semua kena terima hakikat bahawa yang kaya semakin kaya; miskin semakin miskin.

Tanpa Nama berkata...

Nama islam tu suci. Tak sesuai dan tak boleh di gunapakai untuk nama bank, parti politik atau apa saja......

Menggunakan nama suci islam pada mana2 badan hanya menimbulkan kekeliruan dan salah sangka pada kebenaran.....

Lady Marymomah berkata...

Nama saya Marymomah dari Malaysia, saya mahu menggunakan media ini untuk menasihati semua orang, saya menjadi mangsa penipuan di tangan pemberi pinjaman, saya menipu RM90.000 kerana saya memerlukan pinjaman RM250.000 untuk membayar perbelanjaan perubatan & hutang pembayaran Saya hampir mati, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi dan anak-anak saya berada di hospital untuk operasi.

Semua ini berlaku pada bulan Julai 2020, sehingga saya bertemu dengan seseorang Sarnia Devina dalam talian melalui e-mel: reddevina@gmail.com yang memberi keterangan mengenai pemberi pinjaman SYARIKAT PELABURAN PINJAMAN MRS PROMISE SOLEDAD jadi saya membuat pertanyaan dan dia memperkenalkan saya kepada ibu yang baik JANJI SOLEDAD yang akhirnya menolong saya mendapatkan faedah rendah RM250.000.00 pinjaman tanpa jaminan 2% di SYARIKAT PELABURAN PINJAMAN SOLEDAD

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih, Puan PROMISE SOLEDAD, semoga Allha terus memberkati anda, Puan PROMISE SOLEDAD atas kejujuran dan perbuatan baik anda.

Saya menasihati sesiapa yang memerlukan pinjaman segera harus segera menghubungi SYARIKAT PELABURAN PINJAMAN SOLEDAD

e-mel syarikat: janjioledadloancompany@gmail.com
Anda boleh menghubungi saya juga ladymarymomah@gmail.com

Ahmed Neni berkata...

Nama Perusahaan::"":":":"ONE BILLION RISING FUND
Gmail Perusahaan:":":":":"::"onebillionrisingfund@gmail.com                       
Selamat siang
Namaku Nyonya Ahmed Neni dan saya berbicara sebagai salah satu orang paling bahagia di dunia saat ini dan saya mengatakan kepada diri sendiri bahwa pemberi pinjaman yang menyelamatkan keluarga saya dari situasi buruk kami, saya akan menceritakan namanya kepada dunia dan saya sangat bahagia dengan katakan bahwa keluarga saya kembali untuk selamanya karenaa saya membutuhkan pinjaman sebesar Rp150.000.000.00 untuk memulai hidup saya sejak saya adalah satu ibu dengan 3 anak dan dunia sepertinya sedang bergantung pada saya saat saya mencoba untuk mendapatkan pinjaman Dari bank dan online bank menolak saya pinjaman mereka mengatakan bahwa penghasilan saya rendah dan saya tidak memiliki jaminan untuk pinjaman jadi saya pergi online dan hal-hal menjadi lebih sulit karena mereka merobek uang saya dari saya dengan janji manis untuk membantu saya sampai saya bertemu dengan ALLAH mengirim pinjaman pinjaman yang mengubah hidup saya dan keluarga saya, ONE BILLION RISING FUND dimana Juruselamat ALLAH dikirim untuk menyelamatkan keluarga saya dan pada awalnya saya pikir ini tidak akan mungkin terjadi karena pengalaman masa lalu saya dan janji palsu tapi untuk mengejutkan saya, saya menerima pinjaman saya sebesar Rp150.000.000.00 dan saya akan menyarankan siapa saja yang benar-benar membutuhkan pinjaman untuk menghubungi perusahaan tersebut, melalui email di: """""""(((((onebillionrisingfund@gmail.com))))))))"""""""karena mereka adalah pemberi pinjaman yang paling pengertian dan baik hati. Jika Anda melihat bagaimana memastikan pinjaman atau bagaimana mendapatkan pinjaman asli, perusahaan dapat membantu Anda. "

BBM: D8E814FC 


Sebagai penerima manfaat dari perusahaan saya adalah bukti hidup dari kerja baik perusahaan dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan formulir pinjaman ONE BILLION RISING FUND. cukup hubungi mereka dan ikuti proses pemberian pinjaman yang mudah

Anda dapat menghubungi saya Ahmed Neni pada informasi lebih lanjut ((ahmedneni48@gmail.com))

Allahu akbar

Manis Ibu berkata...

BAGAIMANA SAYA MENDAPATKAN PINJAMAN SAYA
Saya Abdullah Nofia yang tinggal di Papua, saya di sini untuk memberi kesaksian seorang Lender Pinjaman yang baik yang menunjukkan cahaya kepada saya setelah ditipu 3 kali berbeda di Internet oleh beberapa pemberi pinjaman yang tidak lain adalah palsu,
Mereka semua berjanji untuk memberi saya pinjaman setelah membuat saya membayar banyak kepada mereka sebagai biaya yang tidak menghasilkan apa-apa dan sebesar tidak ada hasil positif. saya kehilangan uang hasil kerja keras saya dan itu sangat membuat frustrasi.

Suatu hari ketika menelusuri internet saya menemukan kesaksian seorang wanita yang juga ditipu dan akhirnya dikaitkan dengan perusahaan pinjaman yang sah, ONE BILLION RISING FUND  dan di mana dia akhirnya mendapatkan pinjamannya, saya memutuskan untuk menghubungi dia dan menjelaskan tekanan keuangan saya. kepadanya dan jika dia bisa membantu saya untuk berbicara dengan perusahaan,

 Saya kemudian menceritakan kepada mereka kisah saya tentang bagaimana saya ditipu oleh 3 pemberi pinjaman yang berbeda yang tidak melakukan apa pun selain merampok uang saya. Saya menjelaskan kepada perusahaan melalui surat dan semua yang mereka katakan kepada saya adalah untuk tidak menangis lagi karena saya akan mendapatkan pinjaman saya di perusahaan mereka dan saya juga telah membuat pilihan yang tepat dengan menghubungi mereka. Saya mengisi formulir permohonan pinjaman dan melanjutkan dengan semua yang diperlukan dari saya dan saya terkejut, saya diberi pinjaman sebesar Rp 200 juta oleh perusahaan besar ini, ONE BILLION RISING FUND, semua berkat JAMES (direktur transfer), seorang yang takut akan Tuhan. pria dan mentor dan di sini saya hari ini bahagia karena perusahaan ini telah memberi saya pinjaman jadi saya bersumpah pada diri sendiri bahwa saya akan terus bersaksi tentang pekerjaan baik mereka dalam hidup saya tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya.
 Jika Anda mencari cara mendapatkan pinjaman, silakan hubungi

NAMA ::ONE BILLION RISING FUND
Gmail ::: onebillionrisingfund@gmail.com
                                          HUBUNGI SAYA

Namaku ::::::::: Abdullah Nofia
Gmail::::::::::::::abdullahnofia@gmail.com
Instagram::::::::Abdullah_Nofia
Facebook:::::::::Abdullah Nofia

Bijaksanalah saat Anda mencari pinjaman online

semoga harimu menyenangkan