Selasa, November 06, 2018

HENTIKANLAH MENGHASUT : BERSAMA KITA BINA NEGARA INI DENGAN KASIH SAYANG

Islam Liberal, LGBT, Cina memerintah negara dan pelbagai lagi slogan extream yang boleh mengundang perpecahan, perpaduan nasional, ketegangan kaum dan agama. 

Dimainkan siang dan malam oleh pelbagai pihak.

Saya secara peribadi sangat takut dengan mainan sentimen seperti ini. Tak sanggup rasanya api kebencian seperti ini di nyalakan demi memupuk kebencian antara agama dan kaum. 

Lantas hanya Al Quran dan Hadis nabi yang kembali jadi rujukan. Ku selusuri kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat ... dan ku temui perkara berikut :

1. Jaga diri sendiri bukan jaga orang. Jaga ibadat kita betul-betul. Masjid2 kita banyak yang kosong. Anak-anak muda kita masih ramai yang jauh dengan Allah. Takutlah kepada situasi ini lebih besar daripada takutkan ancaman sentimen perkauman dan agama tersebut.

2. Salahkanlah diri sendiri kerana pendekatan dakwah yang gagal menarik mereka yang jauh dari Islam untuk menerima Islam ... 60 tahun merdeka kenapa masih gagal diwaktu dakwah kumpulan lain kita tengok begitu berjaya. Kenapa dakwah kita gagal? Tak lain kerana kita  bukan tonjolksn kebaikan Islam tapi kita tonjolkan keburukan musuh.

3. Islam tersebar dari Rasulullah kepada kita bukan dengan paksaan ... bukan dengan kekerasan dn kebencian. Islam tersebar kerana akhlak dan budi pekerti, lemah lembut, sopan, tolak ansur dan kasih sayang. Adakah kita juga bersikap begitu dengan orang bukan Islam atau yg mereka yang kononnya mengancam kita?

4. Tiada istilah dan makna melayu, cina, india, bugis, iban, dayak dan sebagainya disisi Allah ... untuk apa takut sangat dengan kehilangan hak Melayu sebab disisi Allah kita semua sama sahaja kecuali amalan kita.

5. Terimalah hakikat negara kita ini masyarakat majmuk yg komposisi kaumnya melayu tak sampai 60%. Yang inipun tak semua solat 5 waktu berjemaah di masjid. Betapa lemahnya dakwah kita. Jangan salahkan orang sebarkan kepercayaan mereka kepada kita tapi salahkan diri sendiri yang lemah mengetahkan kebaikan Islam kepada masyarakat.

6. Islam takkan tewas dan akan sentiasa terpelihara sehingga kiamat. Tak payah takut dan kelam kabut. Itu janji Allah. Tak perlu kita takut dan khuatir tentang agama ini. Allah dah janji akan memeliharanya. Takut dan khuatirlah dengan cara kita berdakwah dan bermuamalat yang menyebabkan bangsa lain dan agama lain makin benci dan lari dari kita. Jommm tingkatkan amal ibadat kita dan anak cucu kita. 

7. Bilangan atau nombor tak pernah ada makna disisi Allah. Perang Badar adalah buktinya. Sikitpun boleh menang bila hati dan iman sangat tinggi. Akhlak Islam dijunjung teguh. Cukuplah Allah sebagai pembantu. 

Tak setuju dengan saya? 

Sedangkan ulama' juga berbeza pendapat. Tapi mereka ada akhlak bila berbeza pendapat. Dan kita yang kononnya Islam ini adakah kita juga menjunjung akhlak yang sama bila berbeza pendapat? 

Jaga diri
Jaga hati

Selebihnya Allah lah yg akan jaga kita.
Jommmm tingkatkan amalan kita di bulan penuh barokah.
Sebarkan kasih sayang dan kemaafan bukan kebencian dan ketaksuban melampau.

Wallahu'alam ...

sumber : 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10160348201410134&id=10150143682845134

mannsgor

Ahad, Julai 28, 2013

20 AMALAN MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah 
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Wallahualam.



mannsgor..

Isnin, April 15, 2013

Pilihan raya di Malaysia lebih kepada 'paksa raya'


SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata,  demokrasi negara ini bukannya mengamalkan sistem pilihan raya tetapi lebih kepada 'paksa raya' dalam membentuk kerajaan. Beliau yang berkata demikian pada program Bicara Cinta di Kompleks Karangkraf di sini, pagi ini.

Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) mengamalkan sistem 'paksa raya' apabila tidak membenarkan Pakatan Rakyat khususnya PAS membuat penerangan di dalam media elektronik agar rakyat boleh menilai. "Kita tak diberi peluang langsung untuk membuat penerangan serta menyampaikan maklumat di dalam media elektronik agar rakyat boleh menilai apa yang kita jelaskan. "Bila ini berlaku rakyat dipaksa oleh mereka (BN) untuk terus mendengar apa mereka kata dan dipaksa memilih mereka, ini bukan pilihanraya tetapi paksa raya," jelas beliau.

Katanya lagi, sistem demokrasi negara adalah membenarkan rakyat membuat pilihan tetapi Umno memusnahkan demokrasi dalam mengekalkan pemerintahan mereka. Jelasnya lagi, PAS yang dipilih rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab, namun BN menafikan hak tersebut dengan menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang bertindak menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat. "Inilah BN mereka menafikan apa yang dipilih oleh rakyat apabila mewujudkan JPP di Kelantan.

"Mereka menerima segala bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan ini seolah-olah wujud dua kerajaan di Kelantan, kita sepatutnya menghormati kerajaan yang dipilih tetapi itu tidak berlaku di dalam BN," kata beliau lagi. Beliau turut memberitahu kehancuran demokrasi dalam penyampaian maklumat terus berlaku apabila media-media elaktronik milik BN hanya memaparkan keburukan pimpinan Pakatan daripada menyiarkan kebaikan yang dilakukan.

"Mereka menyiarkan keburukan tentang Nik Aziz yang belum lagi sahih, tetapi mereka tidak menyiarkan kebaikan yang dilakukan oleh Nik Aziz seperti hari ini," katanya secara berseloroh. Tuan Guru Nik Aziz yang turut meminta agar rakyat membuat pilihan mengikut kehendak Islam pada pilihanraya nanti bagi memastikan pemimpin yang dipilih adalah dari kalangan mereka yang berkualiti serta beramanah.

HarakahDaily…

mannsgor

Jumaat, November 16, 2012

Bagaimana bank isytihar hartanah anda di lelong



Mungkin kita selalu mendengar mengenai kawan-kawan kita yang berjaya memiliki rumah lelong pada harga tak logik rendahnya. Harga rumah murah ini kadang-kadang jadi satu tren dan “boring” bila terlalu banyak spekulasi dari pembida atau sindiket – sindiket rumah lelong.
Hari ini saya ingin bercerita sedikit mengenai rumah lelong, tetapi bukan cara beli rumah lelong tetapi bagaimana bank melelong hartanah anda. Dari setiap lelongan jika sesebuah rumah itu tidak dapat dilelong pada tarikh tertentu, pada tarikh lelongan akan datang, harga rumah lelong itu akan di turunkan sebanyak 5% hingga 10% berdasarkan pada harga lelong lepas.
Kesemua bank di Malaysia punyai prosedur tertentu dan syarat-syarat ketat sebelum mereka mengisytiharkan hartanah anda untuk di lelong. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan bank seperti; Menghantar surat peringatan pertama pada tuan rumah (peminjam).
Pada bulan kedua pula, bank akan sekali lagi menghantar notis susulan dengan peringatan akhir agar anda lekas-lekas membayar ansuran pinjaman rumah tersebut. Pada bulan ketiga dan keempat; bank akan menghantar surat kuasa dari peguam untuk menyuruh anda membayar semua baki tunggakkan dalam masa 14 hari.
Lepas tarikh yang ditetapkan oleh pihak bank, pihak bank akan sekali lagi menghantar surat kuasa penarikan balik kemudahan dari pihak peguam, dan sekali lagi menuntut anda membayar segala baki tertunggak termasuk keseluruhan jumlah pinjaman dalam tempoh maksima 14 hari.
Kebiasaannya jika anda tidak dapat membayar ansuran rumah didalam masa 3 bulan berturut-turut secara rasminya Bank Negara menetapkan yang anda adalah sebagai hutang tidak berbayar (NPL). Setelah sampai tempoh lima bulan, dan anda masih tidak membuat sebarang bayaran, Notis akan dikeluarkan oleh pihak bank mengenai kemungkiran suatu gadaian (borang 16D) keatas pemilik rumah (peminjam).
Masuk pada bulan keenam dan ketujuh, anda mula dipanggil kemahkamah. Prosiding mahkamah ini bergantung pada jenis geran hartanah, peguam dari pihak bank pula cepat-cepat memohon untuk memperolehi arahan jualan dari pihak mahkamah, selain itu mereka juga sibuk untuk melantik pelelong, dan menetapkan tarikh lelongan dan juga harga rizab mengikut baki pinjaman semasa anda sebagai peminjam dan tuan rumah.
Kebiasaan disini, bank akan melantik penilai hartanah untuk mendapatkan harga rizab lelong berdasarkan harga pasaran yang dibuat oleh penilai hartanah lelong. Segala proses ini memakan masa dalam tempoh tujuh hingga lapan sebelum rumah anda disytiharkan sebagai rumah lelong.
Jadi jika anda tidak mahu rumah anda di lelong, berusahalah memastikan bayaran ansuran pinjaman berjalan dengan lancar.

semoga menjadi iktibar pada diri kita..
mannsgor

Isnin, Oktober 08, 2012

Hutang si mati, sanggupkah waris pikul tanggungjawab?


Sumber  :  Berita Harian Dalam Talian
Jumaat, 22 Oktober 2010

Wajar lunaskan pinjaman walaupun selepas kematian

KEGHAIRAHAN dan kejahilan waris sering mengatasi kehendak syarak terutama dalam perkara menentukan hutang atau liabiliti si mati serta keperluan melunaskan atau membayar balik hutang berkenaan. 

Waris sanggup turun naik mahkamah berebut harta pusaka sesama keluarga dan paling buruk, sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan demi merebut pusaka serta mahukan bahagian masing-masing. 

Bagaimana dengan tanggungjawab membabitkan hutang atau liabiliti si mati? Menjadi tanggungjawab waris menentukan hutang si mati dan melunaskan semua hutang yang sudah dikenal pasti, sama ada membayarnya dengan pusaka si mati ataupun menggunakan wang sendiri.

Islam menekankan dengan tegas tanggungjawab membayar hutang walaupun selepas kematian penghutang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.”

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Dan barang siapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati maka Allah akan bertanya di hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku? Maka dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan pada orang yang berhutang.”

Rasulullah SAW mengingatkan, orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia kerana apabila dia sudah mati dan masih menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang itu.

Oleh demikian, apabila waris enggan melunaskan hutang si mati, apakah yang terjadi kepada rohnya? Pembayaran hutang si mati perlu didahulukan supaya roh si mati tidak tergantung selagi mana hutang tidak diselesaikan.

Di AmanahRaya, pengesahan hutang atau liabiliti penting dalam mentadbir pusaka si mati. Proses terperinci akan dibuat dan dilaksana berdasarkan dokumen sah serahan waris apabila menyerahkan borang mentadbir yang boleh dibuat di mana-mana 19 cawangan AmanahRaya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Waris perlu mempunyai dokumen sah dan AmanahRaya perlu menyiasat status hutang itu. Proses itu memerlukan AmanahRaya berkomunikasi dengan semua pihak dan bertindak berdasarkan senarai hutang diserahkan waris.

Tempoh pengesahan tertakluk kepada siasatan yang dijalankan, juga berdasarkan profil hutang. Ada juga tuntutan hutang daripada individu, syarikat dan waris kepada AmanahRaya. Tuntutan perlu diterima jika disokong dokumen sah.

Semua tuntutan hutang perlu melalui proses ditetapkan supaya status hutang atau tuntutan hutang dapat dikenal pasti dan tidak dicabar setelah pembahagian dibuat serta fail ditutup. Bukan itu saja, proses penentuan hutang berkait rapat dengan hak waris kepada pusaka si mati.

Proses ini akan memakan masa lama jika waris tidak bekerjasama dan tidak dapat mengesahkan dokumen yang diserahkan. Walau bagaimanapun ada juga waris yang prihatin dan sedar pentingnya perkara ini.

Pelbagai cara dilakukan waris bagi menyelesaikan perkara itu seperti membuat iklan pengisytiharan hutang atau tuntutan hutang di akhbar terutama apabila waris maklum akan hutang tetapi tidak dapat mengesan pemberi hutang.

Oleh demikian, waris bersetuju dan memohon satu iklan diterbitkan dalam bentuk notis. Semua urusan terbitan iklan akan dilakukan oleh AmanahRaya dan iklan diterbitkan untuk satu tempoh dibenarkan.

Tujuan utama adalah untuk memberitahu umum perihal kematian si mati dan memberi peluang pemberi hutang yang ingin membuat tuntutan menghubungi pentadbir (AmanahRaya) dengan membawa dokumen sokongan sah. Kos ini ditanggung oleh pusaka si mati.

Bagi tuntutan belanja kematian dengan dokumen sokongan ia adalah biasa tetapi ramai yang tidak tahu apa perlu dibuat. Pertama, nama pihak yang menuntut perlu dinyatakan dengan jelas dalam resit bayaran berkaitan.

Jika nama pihak yang menuntut tidak dinyatakan dalam resit, surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan resit diperlukan. Lain-lain dokumen sokongan boleh dikemukakan oleh pihak yang menuntut sebagai bukti pembayaran dilakukan jika ada. Resit dikeluarkan dalam bahasa asing selain Tuntutan tanpa dokumen sokongan kebiasaannya memakan masa tetapi AmanahRaya tetap menerima tuntutan itu. Walau bagaimanapun tuntutan perlu memenuhi syarat berikut:
  • akuan bersumpah dari pihak yang menuntut;
  • perjanjian bertulis antara si mati dengan pihak yang menuntut (jika ada);
  • akuan bersumpah daripada dua saksi yang mengesahkan mengenai hutang dan keadaan tuntutan;
  • persetujuan bersumpah semua waris berhubung tuntutan dan pembayaran hutang/tuntutan hutang kepada pihak yang menuntut;
  • jika terdapat pertikaian berhubung tuntutan hutang, perintah mahkamah bermeterai perlu diperoleh dari pihak yang menuntut bagi pengesahan hutang dan bayaran yang boleh dilakukan kepadanya.

    Kewajipan melunaskan hutang terkandung dalam Seksyen 13 (1) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (AKTA 98): Pada penentuan pendengaran pemungut hendaklah melalui perintahnya membuat peruntukkan bagi pembayaran dari harta pusaka bagi duti estet, jika ada, dan perbelanjaan pengebumian dan hutang si mati...”

    Ramai yang tidak sedar perihal hutang lapuk sama ada dengan sengaja atau tidak tetapi hutang lapuk membawa kesan kepada si mati dan generasi seterusnya.
    Hutang lapuk ialah hutang yang tidak dibayar dalam masa tempoh yang lama. Jika orang yang memberi hutang atau warisnya tidak ditemui, maka nilai wang hutang itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.Firman Allah yang bermaksud: “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 245)

    Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah berhutang seekor unta kemudian beliau membayarnya dengan yang lebih baik dan bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya.” (Hadis sahih Muslim)

    Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang berhutang dengan maksud membayarnya kembali, Tuhan akan menolongnya dengan membayar kembali. Siapa yang mengambil harta orang lain dengan maksud menghilangkannya, Tuhan akan menolong menghilangkannya.” (Hadis sahih Bukhari).


  • mannsgor

    NGO bidas cara bank, institusi kewangan kutip hutang

    KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas cara digunakan bank dan institusi kewangan memungut bayaran tertunggak daripada pengguna menerusi pihak ketiga yang bertindak seperti along. 

    NGO berkenaan menerima aduan daripada pengguna bahawa mereka menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada syarikat atau ejen pemungut hutang yang dilantik bank. 
    Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Prof Datuk Hamdan Adnan, berkata bank dan institusi kewangan tidak wajar menggunakan pihak ketiga yang bertindak seperti along bagi memperoleh wang daripada pengguna. 




    “Pihak bank sepatutnya tidak mengupah pihak seperti itu kerana ada pelbagai cara lain (untuk memungut bayaran tunggakan), seperti mengupah peguam dan sebagainya,” katanya kepada Bernama. 

    Beliau berkata, pelbagai peraturan dan undang-undang ditetapkan bagi pihak bank mengutip hutang daripada pengguna seperti yang digariskan dalam Akta Sewa Beli dan bukan menggunakan pihak ketiga yang bertindak dengan sewenang-wenangnya. 

    “Tidak ada gunanya undang-undang, sekiranya perkara seperti ini gagal ditangani,” katanya. 

    Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Maamor Osman pula meminta Bank Negara mengkaji semula mekanisme yang digunakan bank dan institusi kewangan untuk mengutip hutang daripada pengguna seperti penjadualan semula bayaran. “Pihak bank tidak wajar menggunakan pihak ketiga untuk mengutip hutang dengan membuat panggilan telefon mengugut pengguna,” katanya. 

    Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan, Datuk Zainal Rampak, berkata beliau menerima aduan daripada pekerja bahawa mereka diganggu dengan panggilan telefon daripada syarikat pengutip hutang atau ejen yang dilantik bank apabila berlaku kelewatan dalam pembayaran semula hanya membabitkan satu atau dua ansuran saja. 

    “Ada satu kes baru-baru ini apabila seorang pemegang kad kredit yang terlewat membuat bayaran RM7,000, diganggu berkali-kali oleh syarikat pengutip hutang dengan panggilan telefon tidak berhenti-henti dan ugutan untuk melelong rumahnya,” katanya. – Bernama



    mannsgor

    Pemungut hutang yang dilantik tak dibenar berkasar dengan pemiutang

    KUALA LUMPUR: Pemungut hutang yang dilantik oleh institusi perbankan tertentu tidak boleh menggunakan kekerasan dan sering mengganggu pemiutang ketika menjalankan tugas, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung.

    Beliau berkata perkara itu terkandung dalam garis panduan dan amalan pengutipan hutang yang adil yang perlu dipatuhi oleh setiap pemungut hutang yang dilantik.

    "Institusi perbankan boleh menggunakan khidmat pemungut hutang, walaubagaimanapun, institusi itu perlu memastikan agar pemungut hutang yang dilantik mematuhi segala peraturan seperti yang ditetapkan dalam garis panduan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia," katanya menjawab soalan Senator Dr M Malasingam pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

    Chor berkata selain tidak dibenar menggunakan kekerasan dan menganggu pemiutang, pemungut hutang perlu sentiasa mengamalkan tingkah laku yang beretika serta tidak dibenar membuat panggilan lebih tiga kali seminggu kepada pemiutang.

    "Ini selaras dengan usaha Bank Negara Malaysia untuk memperkukuhkan lagi struktur pelindungan serta tahap profesionalisme proses pengutipan hutang," katanya.

    Beliau berkata pemiutang boleh membuat aduan kepada institusi perbankan berkenaan sekiranya terdapat aduan terhadap tingkah laku pengutip hutang yang dilantik.

    "Jika tidak berpuas hati dengan cara pengendalian institusi perbankan terbabit, maka aduan selanjutnya boleh dibuat kepada Bank Negara Malaysia," katanya. -


    mannsgor

    LAGI KISAH KEKEJAMAN BANK ISLAM


    Saya seorang penganggur yang berusia lewat 30 tahun yang sukar mendapat pekerjaan disebabkan faktor usia dan kesihatan. Saya sudah pun tidak mempunyai pekerjaan tetap hampir 3 tahun dan tinggal di Lembah Kelang.
    Boleh dikatakan pernah mempunyai pendapatan sehingga RM6000 sebulan sebelum menganggur tetapi sekarang sudah hampir 3 tahun menjadi warga kota mudah miskin dengan pendapatan bulanan puratanya tidak mencapai RM700. Memang sukar sekali dalam menguruskan kewangan diri dan keluarga.
    Saya terbaca satu surat yang pernah tersiar mengenai seorang lelaki yang menganggur juga yang didakwa dizalimi oleh sebuah bank berjenama Islam iaitu Bank Islam Bhd. Saya ingin memberitahu semua bahawa saya juga dalam beberapa bulan ini menjadi mangsa kepada bank yang hanya membuatkan pinjaman secara Islam tetapi apabila klien mereka sukar membuat bayaran bulanan, klien akan diperlakukan seperti masyarakat Quraisy dan Yahudi. Mungkin lebih teruk daripada Quraisy dan Yahudi jika difikirkan. Saya mengaku sememangnya Bank Islam Bhd adalah kejam dan tidak berperi kemanusiaan.
    Seperti yang cakapkan sebelum ini sejak ekonomi negara tenat pada tahun 2007, saya juga kehilangan pekerjaan tetap. Terpaksa berhenti daripada sambung pengajian dengan wang sendiri di sebuah IPT tempatan untuk PhD dan bekerja di stesen minyak dan kedai serbaguna 7-Eleven. Jika dulu-dulu kita mengetahui bahawa Mat-mat Bangla yang bekerja di tempat-tempat ini adalah mereka yang punyai Ijazah dan Masters dari Bangladesh tetapi sekarang saya akui saya sendiri pula malang di negara sendiri.
    Berbalik kepada masalah kad Bank Islam saya. Bank Islam tidak menggunakan perkataan kad ’kredit’ pada kad mereka kerana kononnya tidak berlandas syarak. Walaupun tiada nama ’kredit’ sekali pun, cara mereka menagih hutang adalah kejam dan tidak bertanggungjawab. Saya walaupun sudah tidak bekerja tetap selama tiga tahun sejak 2007 tetapi berusaha membayar kad kredit Bank Islam ini setiap bulan. Hanya pada bulan Mac yang lepas sehinggalah 3 bulan saya gagal membayar minimum kerana keadaan kewangan yang terlalu nazak, akhirnya pihak Bank Islam menggunakan perkhidmatan along berlesen ataupun agensi pengutip hutang bagi menghubungi saya.
    Namun demikian, walaupun saya terlewat membayar untuk 2 bulan pun, Bank Islam telah menghantar kes yang lewat 2 bulan itu kepada peguam mereka. Dan peguam mereka dengan menghantar satu surat notis telah menambahkan hutang saya sebanyak RM20 semata-mata untuk surat notis peguam tersebut. Sudahlah susah hendak membayar hutang minimum payment tetapi ditambah pula dengan RM20 kos notis guaman. Sebelum menghantar notis itu, tidak pula ada sesiapapun di bahagian kutipan Bank Islam menelefon terlebih dahulu. Nampak sangat Bank Islam ini tidak peka dengan masalah pelanggannya secara individu. Mereka hanya mementingkan kutipan hutang sahaja.
    Seperti yang pernah pengadu menulis ke KL-Today.com dulu, saya akui bahawa agensi-agensi pengutip hutang ini memang hampir setiap hari menelefon menekan dan mengugut saya untuk saya bayar. Saya ingin terangkan di sini. Pihak bank perlu tahu ada dua golongan yang tidak membayar hutang. Golongan pertama adalah mereka yang ada duit tetapi sudah menjadi sikap tidak suka membayar hutang. Golongan kedua pula ialah mereka yang tidak membayar hutang kerana memang tidak ada duit. Oleh itu, saya sememangnya golongan yang kedua. Saya tidak suka pun tabiat tidak membayar hutang, tetapi sebab tiadanya wang lebihan, bagaimanakah hendak saya membayar hutang?
    Pada 21hb Jun baru-baru ini, seorang agen pengutip hutang mereka telah mengugut saya dengan menghantar SMS dengan mengatakan akan menghantar surat sama kepada Ketua Jabatan saya kononnya untuk proceed dengan Perintah Bab D Tatatertib jika saya belum lagi buat bayaran. Benda inilah yang membuat saya naik radang kerana cubaan mereka hendak mendedahkan masalah kita kepada orang lain atau orang ketiga yang tidak ada kena-mengena langsung. Undang-undang negara dah jelas, kena ikut aturannya jika bank hendak mengutip hutang. Cara mereka ini adalah untuk mengaibkan kita. Ini adalah cara Along..sesungguhnya macam Along yang menampalkan poster si penghutang merata-rata..tetapi cara nak hubungi Ketua Jabatan kononnya lebih profesional yang dihalalkan oleh undang-undang?
    Saya pun terus menelefon penghantar SMS berkenaan. Saya bertanya namanya tetapi tidak menjawab. Dari segi pertuturannya seperti perempuan India. Dia berkata kepada saya ’no money,no talk’. Saya memarahinya kerana membuat ugutan yang salah di sisi undang-undang. Dia menjawab balik pihak Bank Islam tidak kisah cara apa sekali pun mereka (agensi kutipan hutang) gunakan asalkan dapat wang tersebut daripada pelanggan. Nampak sangat Bank Islam menghalalkan cara kekejaman begini. Bila mereka sendiri iaitu Bank Islam tidak boleh buat yang menyalahi Islam kononnya, mereka gunakan orang luar untuk lakukan untuk mereka. Ini semacam Free Mason dan Illuminati punya stail. Malah perempuan ini ada berkata bahawa semata-mata hendak mengutip wang tersebut, mereka juga akan cuba menghubungi keluarga dan ibu bapa saya. Memang sudah sebiji macam ALONG!
    Saya kemudiannya meminta untuk bercakap dengan superior dia dan mengambil masa juga untuk disambungkan kepada superior dia. Akhirnya, superior dia yang bernama Robert bercakap dengan saya dan beliau meminta maaf. Nampaknya, si Robert- lelaki India ini bercakap agak baik walaupun nampak keras juga di dalam percakapannya. Sebagai contoh, beliau ada berkata bahawa beliau faham tentang undang-undang dan terlepas kata, ”walaupun kami pukul Encik pun, Encik kena bayar juga hutangnya.” Robert ada akui bahawa pihak bank ada menekan mereka supaya lebih agresif dan menyelesaikan masalah-masalah hutang ini. Lagi sekali, bukti Bank Islam menghalalkan kezaliman.
    Saya memberitahu Robert bahawa mereka tiada hak sekali pun membabitkan orang ketiga. Saya berkata padanya bahawa saya dah lama tidak bekerja dengan syarikat tersebut dan sudah pun mengemaskinikan maklumat ini dengan Bank Islam. Tetapi agensi ini tidak menerima apa-apa kemaskini pun. Apa yang ada pada mereka adalah maklumat semasa kad itu dipohon iaitu 6 tahun yang lalu pada tahun 2004.
    Akhirnya Robert bersetuju memberikan saya sehingga 30hb Jun ini untuk membuat bayaran yang diminta dan saya tidak berjanji tetapi cuba mendapatkan wang sejumlah itu untuk dibayar. Robert mendesak saya meminjam wang sesiapapun asalkan daya membayar jumlah yang dituntut. Robert berkata beliau berbuat begitu supaya kad kredit saya itu tidak terus dipotong oleh Bank. Kononnya nak menyelamatkan nasib kad saya lah. Seperti dalam surat pengadu sebelum inilah, jika dah buat bayaran, Robert suruh saya kena hubungi dia. Pada awal perbualan mereka mendakwa mereka adalah pihak Bank Islam tetapi setelah ditekan oleh saya, mereka mendakwa mereka adalah peguam bank tetapi akhirnya mengaku bahawa mereka agensi kutipan hutang.
    Baiklah dengan tarikh akhir baru pada 30hb Jun ini tetapi sebaliknya yang berlaku pula selepas perjanjian saya dengan Robert. Semalam, pada 23 Jun pula, perempuan yang sama telah sms kepada saya mengugut saya lagi dengan menyuruh saya bayar dahulu sebahagian tuntutan bayaran yang diminta pada tarikh ini. Sekali lagi dalam sms itu mengugut untuk dibawa kepada Ketua Jabatan. Kali ini saya tidak endahkan walaupun ada panggilan telefon daripada mereka.
    Dan hari ini, satu lagi sms dihantar tengah hari tadi mengarahkan bayaran sebahagian itu sebelum esok 25 Jun. Kali ini dalam sms dia terkeluar nama perempuan India itu sebagai Thavamalar. Selepas beberapa jam menerima sms itu, perempuan itu menelefon saya dan bertanya pula sama ada saya sudah masukkan bayaran itu hari ini! Apa ceritanya di sini..Sudahlah sms suruh masukkan bayaran itu esok tetapi hari ini pula telefon suruh masukkan. Saya terus letak telefon tak tahan dengan tekanan ini.
    Nombor telefon bimbit yang menghantar SMS itu ialah 019-4904078 dan 010-2084035 manakala nombor telefon pejabat operasi pula selalunya Private Number tetapi ada juga nombor yang tertera iaitu 03-78730830 dan 03-78730559.
    Sebagai pemegang kad kredit Bank Islam ini sejak tahun 2004, antara yang pertama memegangnya ketika dilancarkan, saya berasa kesal dengan tindakan Bank Islam yang selalu melakukan caj yang tidak logik dan berkuasa untuk menukarkan apa-apa perjanjian. Ingatkan dalam urusniaga Islam, kenalah adil dan jika sudah dipersetujui, pihak pemberi kad tidak sepatutlah menukar perjanjian ikut suka hati mereka.
    Jika dulu saya memakai kad tersebut kerana keunikan cajnya yang rendah tetapi sejak tahun 2008 mereka banyak mengubah isi-isi perjanjian. Ada saja terma-terma terselindung yang digunakan mereka. Untuk makluman pembaca, di dalam konsep pembiayaan ini ada konsep Tawidh ataupun ganti rugi jika pengguna gagal membayar minimum payment pada tarikh yang ditetapkan. Jika dulunya caj tawidh ini hanyalah RM5 maksimum jika terlewat bayar mengikut perjanjian asal tetapi caj tersebut telah dirombak menjadi 5% daripada jumlah tertunggak dan RM5 adalah minimumnya. Jika tertunggak adalah RM5,000 maka caj tawidh adalah RM25. Difahamkan wang tawidh akan diberikan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim dan kebajikan tetapi betulkah begitu? Saya mohon sesiapa yang mempunyai akses ke dalam laporan penyata kewangan Bank Islam tolonglah semak adakah mereka menyebut Tawidh sebagai jumlah berasingan? Jika tiada, maknanya dijadikan keuntungan bank semata-mata.
    Bagi mereka yang sudah sukar menghadapi tekanan kewangan dalam hidup seperti saya, tambahan RM25 jika terlewat memang menyusahkan. Pertukaran caj ini berlaku dalam tahun 2008. Lihatlah bagaimana Bank Islam mengekploitasi nama baik Islam dengan menipu pengguna kad kredit mereka. Jika dulunya keistimewaannya menarik minat ramai pengguna bagi memilikinya, kali ini adalah jauh lebih teruk daripada kad kredit yang ditawarkan oleh bank-bank lain tak kira ikut Syariah atau tidak. Bukan itu sahaja, jika gunakan kad kredit bank Islam ini, tiada pula kelebihan mengumpul points dan program diskaun hebat macam kad-kad kredit ternama yang lain.
    Saya kesal mengenali Bank Islam Bhd. Saya menggesa supaya orang ramai menolak dan tidak menggunakan kad tersebut kerana sudah banyak masalah yang timbul dengan Bank tersebut yang hanya tampil sebagai Islam sahaja tetapi tidak di dalam pengisiannya. Selagi hayat saya panjang, saya akan terus berkempen supaya pengguna menghindari produk Bank Islam sehingga pihak kerajaan terutamanya Lembaga Tabung Haji selaku pemegang saham terbesarnya melakukan perubahan yang mengindahkan semula perkhidmatan Islamnya.
    Jika tidak, wang simpanan oleh penyimpan Islam di dalam Tabung Haji yang hendak mengerjakan haji mungkin tercemar kerana hasil Tabung Haji yang diagih dari keuntungan Bank Islam daripada sumber-sumber menekan orang Islam yang lain akan dilaknat Allah dan haji yang dilakukan dengan wang Tabung Haji nescaya tidak bersih.
    Bagi para pengguna, banyak bank lain lagi yang menyediakan produk yang lebih Islamik kepada rakyat Malaysia. Mungkin dah sampai masanya pintu masuk Bank Islam diletakkan sticker ’HALAL’ oleh JAKIM jika memang HALAL!
    Saya bukannya tidak mahu membayar hutang tetapi akan membayar sekali pun dengan interest jika saya ada wang lebihan. Saya pun bukannya suka berhutang. Tetapi sekarang ini saya tidak mampu biarpun RM20 setiap bulan. Tetapi dengan cara Yahudi begini, lagi muak dengan tekanan mereka. Mungkin berita dulu pernah ada dalam berita yang mati kena heart attack kerana diganggu panggilan dan sms bank dan agennya, mungkinkah angkara Bank Islam! 
    sumber : KL-TODAY.COM
    mannsgor

    Selasa, Oktober 02, 2012

    KM Melaka diminta perjelas belanja majlis kahwin 'mega'


    Pemimpin Pakatan Rakyat Melaka menuntut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengisytiharkan segala perbelanjaan untuk penganjuran majlis perkahwinan seorang anaknya semalam yang dilaporkan dihadiri lebih 100,000 tetamu.
    Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata, Mohd Ali perlu menjelaskan sekiranya majlis "mega" yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records itu melibatkan tajaan pihak tertentu.
    "Saya ramalkan (kos) majlis berkenaan RM10 bagi seorang tetamu dan sekiranya 130,000, ia pastinya mencecah perbelanjaan sehingga RM1.3 juta. Itu baru makan dan tidak termasuk perbelanjaan lain.
    "Kalau ketua menteri seorang yang ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan kalau ia ditanggung oleh individu tertentu tolong nyatakan siapa yang taja," katanya.
    Khoo turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi rakyat kerana perbelanjaan besar itu menurutnya lebih sesuai disalurkan untuk kepentingan rakyat Melaka.
    "Jumlah kehadiran tetamu pada majlis berkenaan mengatasi jumlah kehadiran tetamu pada majlis terbuka perdana menteri pada Aidilfitri lalu. Apakah dia lebih berpengaruh daripada perdana menteri?
    "Lagi elok, kalau sekiranya segala perbelanjaan dialirkan untuk kepentingan rakyat Melaka bukan untuk anaknya. Ini (seolah-olah menunjukkan) anak lebih utama daripada rakyat," katanya.
    ADUN Ayer Keroh itu juga mendakwa, bas yang sepatutnnya digunakan untuk pengangkutan awam juga digunakan untuk membawa tetamu ke majlis berkenaan.
    Padahal, bas berkenaan sepatutnya telah ditetapkan jadual perjalanan masing-masing dan bukannya untuk ke majlis berkenaan katanya.
    'Tak wasatiyyah'
    "Ini menunjukkan sikap ketua menteri itu yang mementingkan diri tanpa memikirkan kepayahan masyarakat lain yang mahu ke lokasi tertentu," katanya.
    Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, penganjuran majlis tersebut menunjukkan bahawa Mohd Ali tidak mengambarkan semangat wasatiyyah yang selama ini dilaungkan kerajaan.
    Menurutnya, pembaziran berlaku di setiap sudut sedangkan wang berkenaan sepatutnya perlu digunakan untuk menjelaskan hutang negeri yang semakin kritikal.
    "Saya tidak nampak, dengan mengadakan majlis secara besar-besar seperti ini, ianya satu keperluan selain dari melakukan pembaziran," katanya.
    Beliau turut meminta Mohd Ali menjelaskan sekiranya agensi kerajaan digunakan untuk majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu.
    Tinjauan di sekitar kawasan itu semalam menunjukkan ramai anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan bertugas mengawal keselamatan dan lalulintas sepanjang majlis itu berlangsung.
    Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.
    Hadirin di majlis itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.

    sumber dari ; malaysiakini

    mannsgor

    Selasa, September 18, 2012

    Amri meluap-luap


    PENGGANTUNGAN tiga perlawanan dan kehilangan lilitan lengan sebagai kapten dalam skuad Selangor nyata membakar semangat Mohd Amri Yahyah untuk memberikan aksi terbaik sehingga berjaya melonjakkan Selangor mara ke suku akhir Piala Malaysia walaupun pada awalnya peluang Merah Kuning dilihat kabur.
    Kehadirannya umpama penyelamat apabila membantu Merah Kuning mencatatkan empat kemenangan berturut-turut dan lebih penting dua jaringannya ketika kemenangan 2-0 ke atas Sarawak pada Jumaat lalu memastikan pasukannya bergelar juara Kumpulan D bagi mengatasi Pahang.

    “Sebagai seorang pemain, adalah penting untuk melihat pasukan melangkah lebih jauh dan saya bersyukur kami sudah berjaya melepasi peringkat kumpulan. “Perkara lain adalah tidak penting,” katanya yang digantung tiga perlawanan awal peringkat kumpulan berikutan insiden membabitkan kekasaran ke atas pemain Kelantan, Muhammad Ghaddar dalam saingan Liga Super.
    Tanggungjawab itu digalas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dipilih pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menjadi kapten Merah Kuning.

    Malah pemain berusia 31 tahun bertekad untuk meneruskan sentuhan jaringannya apabila bertemu Johor FC pada suku akhir pertama pada Jumaat ini.

    Selain meningkatkan gandingannya bersama Bosko Balaban di jentera serangan, dia turut mahu memastikan episod disingkirkan Johor FC dalam saingan Piala FA tidak berulang.
    “Setiap pasukan yang layak ke suku akhir tidak boleh dipandang rendah. Malah saya melihat Johor FC umpamanya mempunyai kemampuan dan kebolehan tersendiri apabila mampu mengikat LionsXII pada peringkat kumpulan selain mempunyai barisan pemain berpengalaman seperti dua bekas pemain kebangsaan, Eddy Helmi Abdul Manan dan Khairunisam Shahabudin.

    “Paling penting adalah kami mencari gol awal bagi memastikan jaringan tempat lawan dapat dilakukan bagi memberikan kelebihan apabila beraksi di Stadium Shah Alam pada 26 September,” katanya.


    mannsgor.

    Isnin, September 17, 2012

    “Oh” Dengarlah “Jeritan Batinku”


    KETIKA ini sebenarnya saya sedang hanya bersama Merjah—hewan khayalan saya. Kami meninggalkan sedetik tasik warga hewan yang damai itu. Sekali ini kami tidak bersama kumpulan pipit, merpati, rusa, monyet, kambing dan, ya, sang buaya!Memang saya bersama Merjah saja. Dan, di kafe mini di KLSentral.

    Ada pesanan lara yang ingin saya sampaikan kepada wakil masyarakat hewan. Selama ini masyarakat insan tidak sedia menerimanya. Dan Merjah (yang wujud di mata saya dan ghaib di mata khalayak) sedia menerimanya.

    Dengan mewabakkan penyakit “warga segera” (kata saya kepada Merjah), maka berertilah kerajaan Umbarnas hanya berfikir tentang manfaat terkininya semata. Kerajaan tampaknya seolah tidak selesa berfikir tentang kesan tindak cemarnya itu.

    Ternyata, memang tidak cukup sekadar menyimbahkan “upahan segera” hampir ke setiap ceruk yang mudah terpujuk ternyata semakin galak dibudayakan. Orang memberi bukan ketika menjelang pilihan raya. Itu berbau rasuah. Orang berjanji ketika menjelang pilihan raya. Itu baru segak.

    Kalau kita tidak menyanggah wabak penyakit kongkalikong ini, (kata saya kepada Merjah yang separuh Merak separuh Gajah) berertilah kita bantu menjangkitkan penyakit manipulasi kuasa. Kita tohor. Malah kita kotor! Sebab, kita bantu mencipta kuasa demi memulakan—kemudiannya melestarikan—budaya gelumang dosa.

    Memang kini kita sudah pun sampai ke tahap kekalutan kuasa secemar-cemarnya.Kerajaan Umbarnas terus degil—enggan melayan saranan Bersih. Mereka seolah-olah sangat yakin terhadap tindakan matlamat menghalalkan cara. Ya, kuasa itu nikmat.Kata saya kepada Merjah: Cukuplah dekad kuasa elita bangsawan selama lebih lima dekad itu. Janji menyuburi ekuiti bangsa pun mereka gagal seburuknya? Malah keluhuran bahasa dalam Perlembagaan pun mereka langgari. Perlembagaan tidak murni? Dan banyak lagi senarai kebobrokannya. Mereka suburkan semangat kronisma senyala-nyalanya dan melahap dana negara seghairah-ghairahnya. Kita lalui lima dekad yang lahap!

    Makanya, cubalah menjadi anak lelaki yang sedia memungkinkan tafsiran kuasa terbaru. Jengahlah bagaimana kini Kerajaan India menangangi skandal ala Scorpene-nya dan memperelok landas demokrasinya. Rata-ratanya yang bergerak itu golongan bawahan—paling utama Anna Harare! Mereka sedang mempercantik wajah dan mempermurni batin bangsanya. Tidak mustahil kelompok daripada golongan murbawan kita juga berupaya menyembuhkan penyakit lahap kuasa yang sedang meraja-raja itu. “Oh” dengarlah “Jeritan Batinku.”

    Cukuplah dedekad kuasa elita bangsawan. Kini, benarkanlah pula upaya permulaan era kuasa murbawan untuk menerjemahkan erti kuasanya pula.

    Hentikanlah cengkaman dan kesombongan lama. Belajarlah bersantun menerima pusaran nasib demi kebahagiaan bangsa.

    Khusus kepada generasi muda, sedarlah kebobrokan ini. Jangan risaukan sangat orang lama; mereka memang sudah lebih awal termadu atau tercandu. Anda yang masih BERSIH!

    A. SAMAD SAID - 10 August 2011

    mannsgor.

    800 siswa berarak tuntut p'raya kampus bebas

    Seramai kira-kira 800 pelajar menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan berintegriti.


    Kumpulan itu mula berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan mula berarak pada kira-kira jam 2.30 petang menuju ke kawasan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, melalui Jalan Raja Laut. 

    Sebelum berarak, kumpulan pelajar berkenaan menyanyikan lagu Negaraku.

    Mereka turut membawa bendera Jalur Gemilang dan kain rentang antaranya bertulis "sistem pengundian yang telus", "peruntukan dana calon" dan "penetapan tarikh PRK".Kumpulan berkenaan turut melaungkan "bangkit anak muda", "tolak penipuan" dan "hidup mahasiswa".Turut kelihatan, maskot bagi Pro-Mahasiswa- 'Mat Gempak'.



    Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Masjid Jamek dan mengawal kumpulan pelajar yang berarak.

    Anggota keselamatan itu turut memberi amaran kepada para siswa berkenaan agar tidak menghalang lalu lintas. 



    Perarakan ini antaranya disertai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI). 

    Setibanya di kawasan pusat membeli-belah Sogo, kumpulan siswa berkenaan duduk dan mendengar ucapan daripada pimpinan pelajar yang hadir kira-kira 30 minit. 

    Kumpulan itu kemudiannya meneruskan perarakan melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju Dataran Merdeka di mana kumpulan itu membawa 'Deklarasi Mahasiswa' beramai-ramai dan menyanyi lagu Negaraku sebelum bersurai pada jam kira-kira 4.15 petang. 

    Pada sidang media selepas perarakan ini, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto berkata tindakan yang diadakan hari ini adalah bersempena Hari Malaysia dan menuntut agar enam tuntutan pihaknya dilaksana sebelum pilihan raya kampus diadakan. 



    "Kita minta agar enam tuntutan ini dilaksanakan. Walaupun pilihan raya kampus semakin hampir, kita tetap akan desak. Apa yang kita nak buat ini bukan untuk masa sekarang tapi untuk masa akan datang," kata Edikoup. 

    Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan dana kepada calon. 



    Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kesalahan yang dilakukan siswa berkenaan dalam perarakan hari ini. 

    "Kita akan siasat. Ada dua kesalahan. Pertama tidak beritahu polis untuk mengadakan perhimpunan dan kedua kerana mengadakan protes di jalanan. Semua ini akan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," kata Zainuddin.



    mannsgor.

    Ahad, September 16, 2012

    Hishamudin Tun Hussein Onn’s Refusal To Guarantee Security For PR As Akin To A Refusal To Warn Those Resorting To Criminal Acts Of Violence Against The Personal Safety And Property Of Pakatan Rakyat Leaders And Members.


    DAP is shocked by Home Minister Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein Onn’s refusal to guarantee security for PR in the Home Ministry’s Hari Raya Aidilfitri Open House at Putrajaya yesterday. Such refusal by the Home Minister is akin to a refusal to warn of stern action against those resorting to criminal acts of violence against the personal safety and property of PR leaders and members. Is Hishamudin providing not only just legal immunity from prosecution but also sanctioning such wrongful acts?
    By refusing to either guarantee PR leaders’ security, Hishamuddin is sending a wrong message against those involved in violent attacks on the PKR’s nationwide Merdeka Rakyat bus tour. Will we see more of such violent attacks not just against PKR but also PR? This question of public security is critical following the systematic and organised attacks against DAP in Penang yesterday where the DAP Penang headquarters and 3 DAP State Assemblymen service centers, Datuk Keramat ADUN Jagdeep Singh, Pulau Tikus ADUN Koay Teng Hai and mine, were attacked with red paint.
    This is the first time in Malaysian history that a Chief Minister’s service center has been attacked, a dangerous escalation of the political culture of hatred and violence against PR and DAP leaders. The latest attacks are clearly part of a systematic and organised effort to threaten, subvert and undermine the PR Penang state government as this is the 3rd such attack in 13 months.
    On Aug 14, 2011, the DAP Penang headquarters and the service center of Komtar ADUN Ng Wei Aik was splashed with orange and red paint. 4 days later there was an attempt to burn the DAP Penang headquarters’ building. To date the culprits involved were neither apprehended nor identified by the police.
    I do not know whether there will be more of such attacks against the DAP in Penang. However, DAP will not be intimidated by such acts of violence but will continue with the mandate given by the people in Penang to implement people-centric policies and a clean government. I urge our members and supporters to remain calm in the face of such provocations and remain steadfast with democratic culture of non-violence. PR and DAP will ultimately prevail and win by rejecting the politics of hate, lies and violence.
    Hishamudin should immediately restore some of his personal credibility and uphold the rule of law by withdrawing such irresponsible remarks and issue a directive to the police to take stern action behind the perpetrators of such illegal and criminal acts of violence against PR to prove that there are no double standards nor selective prosecution.
    LIM GUAN ENG
    mannsgor.

    Haram cetak rompak jadi modal perniagaan


    SEHINGGA hari ini, boleh dikatakan masih ramai tertanya-tanya atau ragu dengan isu bahan ciplak atau nama lainnya barangan cetak rompak yang kini semakin banyak disalin secara tidak sah.

    Walaupun ada halaman buku yang ingin disalin cetak tertulis perkataan ‘Hakcipta Terpelihara’ serta ‘Tidak Dibenar Ulang Cetak’, masih ramai tidak mengendahkannya dan terus membuat salinan, khususnya membabitkan salinan fotostat. 
    Kita lihat hari ini, perkara ini terlalu biasa dalam kehidupan seharian umat Islam. Sehingga ada yang menjadikan cara ini sebagai modal perniagaan mereka.

    Terutama pada musim harga minyak dan barangan semakin meningkat, semua perkara yang dikira mampu menjimatkan kos akan menjadi pilihan ramai hingga kerap melupakan pandangan Islam atau hukumnya.

    Bagaimanakah sebenarnya pendirian Islam dalam hal ini? Adakah terus mengharamkannya tanpa bicara?

    Sampai kepada saya satu soalan seperti berikut: “Ustaz, saya menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan di sebuah universiti awam. Masalahnya, saya menggunakan perisian Windows dan Microsoft Office yang cetak rompak. Saya tahu tindakan saya salah, tetapi harga tulen terlalu mahal.

    “Saya harap dapat ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian cetak rompak dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.”

    Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila orang yang bertanya itu sendiri mengerti bahawa ia salah. Ini kerana, harta intelek diiktiraf Islam sebagaimana difatwakan ulama sedunia sebagai harta persendirian yang terpelihara.

    Justeru, kita tidak boleh mengambil dan menggunakan produk cetak rompak, khususnya apabila perisian itu digunakan untuk diniagakan, sebagai contoh dibuat salinan demi salinan dan dijual pada harga rendah.

    Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai tulang belakang perniagaannya, perniagaan itu adalah haram, hasilnya juga haram.

    Ia sangat jelas berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang melarang umat Islam menjalankan perniagaan sesuatu yang haram kerana hasilnya juga menjadi haram, iaitu yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu, maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil daripada yang haram).” (Ar-Rawdu Al-Murabba’, Riwayat Ibn Hibban)

    Rasulullah SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain yang haram bagi umat Islam, mereka (Yahudi) membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya.

    Apabila Rasulullah SAW mendapat tahu, baginda terus berkata: “Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini, apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya.” (Riwayat Al-Bukhari)
    Hasil daripada kumpulan hadis ini, bentuk tindakan dilakukan yang ingin saya tekankan adalah, ia sama seperti cetak rompak kerana haram daripada sudut hukum Islam.

    Ia berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia (Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi.

    Mungkin ada yang berhujah bahawa perisian Windows itu adalah milik seorang kafir yang merujuk kepada Bill Gates dan tiada masalah untuk menggunakan yang cetak rompak selain ada juga yang menyatakan beliau terlalu kaya, oleh itu penggunaan bahan berkenaan tidak memberi apa juga kesan pada kekayaannya.

    Sebenarnya, hujah ini meleset dan tertolak dalam fiqh Islam kerana Muslim tidak dibenarkan mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika di Iraq).

    Dalam keadaan tiada peperangan fizikal yang jelas, perisian Windows harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu diiktiraf oleh syariah dan diharamkan untuk sesiapa saja dicerobohi sesuka hati.

    Dalilnya terlalu banyak, iaitu paling mudah apabila Rasulullah SAW dan sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta kafir Musyrik. Semua itu menunjukkan umat Islam tidak dibenarkan mencerobohi dan mesti membelinya dengan cara halal.

    Namun begitu, menurut sebahagian ulama, jika pelajar ingin menggunakan perisian untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan, terutama jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang tulen.

    Sedangkan dia memerlukan komputer dan sesuatu perisian khas untuk tujuan pembelajarannya, tatkala itu, ada ulama mengharuskan atas asas: 
    ·  ‘Hajat Mendesak’ dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh: Ertinya: “Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak, sama ada ia berbentuk umum atau khusus.” (Al-Ashbah Wa An-Nazair) 


    ·  Hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk tujuan komersial


    ·  Bertempoh. Ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, dia perlu membeli yang tulen

    Demikian juga halnya keadaan pelajar di universiti. Sebagai contoh, ada pensyarah menjadikan buku tertentu sebagai ‘silibus’ dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga lima atau enam buku digunakan.

    Sudah tentu pelajar tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli buku yang mungkin tebal dengan harga tinggi.

    Lalu tatkala itu, pelajar dibenarkan membuat salinan fotostat halaman tertentu yang berkait dengan pembelajarannya. Maka, pada waktu itu ia diharuskan.

    Kembali kepada keadaan seperti dinyatakan, jika benar seseorang itu menghadapi kesukaran wang (hanya beliau dan Allah yang tahu) untuk membeli perisian tulen yang mahal harganya berbanding kemampuannya, maka ada keringanan untuk beliau menggunakan produk tiruan itu dulu buat sementara waktu.

    Ketika perniagaan seseorang itu sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil serta tiada lagi keperluan mendesak, tatkala itu wajib untuk bertukar dan membeli yang tulen.

    Sumber: Ustaz Zaharuddin (Harian Metro)


    mannsgor.