Ditulis Oleh Hakim Maarouf Bin Hj Abdul Kadir Universiti
Massachuset USA.
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana
menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang
menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi
Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari
segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang
perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia
dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata,
perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980
dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah
sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada
mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak
boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd
saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.
Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan
tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah
pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan
sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum
lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal
melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang
mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi
dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan
menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman
saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya
beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang
minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya
bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini
untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau,
semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak?Perkara ini membuat saya tertarik
untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi,
tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan
anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah
pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang
badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah
roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai
jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak
dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan
pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini
adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam
kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama
orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.
Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan
(hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika
ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.
Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan
buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda
diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut
mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian
buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk
memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda
diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu
mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah
mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin
dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini
bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau
lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang
genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah siapa??
tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati
tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah
buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil
lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka
memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka
telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut
mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak
kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik
dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali
genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak
Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains
amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan
anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6
tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak
Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan
sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya
ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping
mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah
tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan
mereka digalakkan mencipta
produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan
mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata,
perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di
Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti
perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan
seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut
dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda
hanya akan lulus jika
kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda
terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja
sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat
menguasai ?perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?
Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi
melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala
mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan
oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada
menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat
mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun,
mereka sering menunduk
kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang
orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah
sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi
bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk
Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi
pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama
dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
Maka itu lahirlah Starbuck,
Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin
Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan
perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York
akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik
mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa
hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak
dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya
memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang
ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi
konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan,
makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik
sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan
bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak
mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah,
bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yang bodoh
dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya
ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti
dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga
sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!
Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan
seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran
mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi
pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negera Singapore hanyalah
sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat
melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori
ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau
asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan
penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat
disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah
mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu
sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di
pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah
sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan
soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak
zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin
saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak
seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya
memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya
kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang
cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya
nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei
sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan
tomato!
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat
melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat
tanpa mengenal batasan bangsa.
Buat renunugan kita bersama.
mannsgor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan