Rabu, Mac 25, 2009

NASIB KITA



Situasi politik negara kita nampaknya terus berkecamuk. Pelbagai berita yang mengejutkan silih berganti. Apakah kesudahannya...apakah senarionya...apakahh kebaikannya kepada kita sebagai rakyat marhaen?. Saya melihat kekusutan politik negara kita terus menerus kusut dengan pelbagai permasalahan yang dicipta pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli politik itu sendiri. Kerakusan dan kegairahan mereka dalam mendapatkan kedudukan amat ketara dilihat. Walaupun tidak semuanya begitu tetapi majorita lebih cenderung begitu.

Mereka tidak lagi memikirkan tentang matlamat, tujuan, falsafah mahupun tanggungjawab asal yang perlu mereka tanggung sebagai pemimpin dan ahli politik. Tidak seperti zaman kita menuntut kemerdekaan atau di zaman kita menentang penjajah, mereka para pemimipin begitu ikhlas dalam perjuangan tapi di zaman IT ini keikhlasan nampaknya terpinggir jauh. Kebendaan nampaknya menjadi pokok segalanya.

Saban hari kita mendengar pelbagai berita tentang salah guna kuasa, rasuah dan permasalahan lain yang dihadapi para pemimpin dan ahli politik kita. Saman menyaman dan laporan polis dah macam perkara rutin. Dek kerana permasalahan mereka...adakah tanggungjawab mereka kepada kita akan terlaksana?.

Kita rakyat marhaen ini perlukan pembelaan dan keadilan dalam meneruskan penghidupan. Janganlah disebabkan mereka-mereka ini kita berada di ruang kesempitan. Oleh itu saya berpendapat kita harus meneliti setelitinya dalam memilih pemimpin yang akan menjadi pemimpin kita...jangan kita mengambil mudah dalam perkara ini kerana ia secara langsungnya akan melibatkan kita.

Sebenarnya banyak ruang, peluang ataupun maklumat yang boleh kita perolehi dalam kita mencongakakan pemimpin pilihan kita. Di zaman IT ini kita ada pelbagai maklumat yang boleh kita rumpunkan sebagai pedoman dalam membuat pilihan. Justeru itu buatlah pilihan terbaik dalam pilihan akan datang untuk menjamin kesejahteraan perjalanan hidup kita. Fikir-fikirkanlah.(mannsgor)

1 ulasan:

CIVIC Power berkata...

Salam Singgah tuan,

Teman ada juga bersetuju dengan pendapat dan pandangan tuan. Biasalah sapa2 pun rope itu. Bila dia susah mesti di ingat kat sejadah. Tapi belum tentu lagi bila dia dah dok senang. Teman jenis atas pagar, kiri tidak kanan pun belum.