Sepanjang hayatnya, Dr
Burhanuddin tidak pernah berhenti memikirkan langkah untuk meletakkan Islam ke tahap tertinggi.
Sifat-sifat
keperibadian yang dimiliki oleh Dr Burhanuddin itu telah menonjolkan beliau
sebagai seorang yang istimewa kesabaran dan ketekunannya dalam memperjuangkan
cita-cita politiknya iaitu kemerdekaan tanah air, kebangsaan Melayu dan Islam.
Dr Burhanuddin
menggunakan Al Hulaimi di hujung namanya dan kemudian dipopularkan umum menjadi
Al Helmi, yang bermakna “orang yang tidak marah”. Pilihan kata asal Al Hulaimi
itu benar-benar melambangkan keperibadian Dr Burhanuddin yang lemah-lembut,
santun, tenang, sabar dan pendiam. Istilah Al Hulaimi menurut hukum tatabahasa
Arab mempunyai makna yang sama dengan Al Helmi tetapi dalam bentuk yang
merendah atau lebih kecil (Saliha Hj. Hassan 1997:20).
Dr Burhanuddin seorang
ahli sufi walaupun beliau tidak pernah mengatakan bahawa beliau seorang ahli
sufi. Hal ini dinyatakan oleh seorang rakan seperjuangan beliau dengan
menyebut:
Sepanjang hayat saya, saya belum pernah lagi berjumpa sengan orang-orang yang berkebolehan seperti Dr Burhanuddin. Ramai yang sufi tetapi tidak pula alim bahasa, ramai pula orang alim bahasa tetapi bukan pula ahli politik, ramai orang ahli politik tetapi bukannya orang sufi, ada juga agaknya orang yang ahli bahasa merangkap ahli politik tetapi bukannya seorang doctor perubatan, dan doctor jiwa atau, mungkin ada memiliki segala-galanya yang dimiliki oleh Dr Burhanuddin umpamanya tetapi tidak serendah hati beliau terhadap semua manusia (Majid Saleh, 1991:5-6)
Sepanjang hayat saya, saya belum pernah lagi berjumpa sengan orang-orang yang berkebolehan seperti Dr Burhanuddin. Ramai yang sufi tetapi tidak pula alim bahasa, ramai pula orang alim bahasa tetapi bukan pula ahli politik, ramai orang ahli politik tetapi bukannya orang sufi, ada juga agaknya orang yang ahli bahasa merangkap ahli politik tetapi bukannya seorang doctor perubatan, dan doctor jiwa atau, mungkin ada memiliki segala-galanya yang dimiliki oleh Dr Burhanuddin umpamanya tetapi tidak serendah hati beliau terhadap semua manusia (Majid Saleh, 1991:5-6)
Dr Burhanuddin mengisi
masa lapangnya dengan membaca, menulis dan mendengar radio sehingga jauh-jauh
malam atau dengan beribadat. Dari segi amalan peribadinya, beliau
bersungguh-sungguh mengerjakan kewajipan sebagai seorang Islam, banyak berzikir
dan kerap mengalirkan air mata apabila beliau menginsafi kekerdilan manusia
dalam hubungan dengan Penciptanya. Beliau gemar mengamalkan sembahyang tahajud
di waktu dinihari dan pengikut setia Tariqat Nayabandiah (Saliha 1997:22).
Kepimpinannya
menggerakkan
KMM (1945),
Presiden KRIS
(1945),
Presiden PKMM
(1946),
Pengerusi PUTERA
(1947),
Penasihat PKMM (1947)
dan
Presiden PAS (1956)
tetap unggul dan karismatik.
Pada penghujung tahun
1947, Dr Burhanuddin mengetuai perwakilan Malaya ke Inter-Asian Relations
Conference di New Delhi (Kamarudin 1980: 7). Persidangan ini membuka peluang
baginya berkenalan dan berbincang tentang gerakan-gerakan menentang penjajahan
bersama-sama pemimpin kemerdekaan negara-negara Asia.
Dalam perdampingan saya dengan Dr Burhanuddin, saya dapati bahawa
beliau seorang yang rajin, amat berjiwa rakyat, tulus dan ikhlas. Ilmu agama
yang dipelajarinya di Sumatera dan India telah digunakan sepenuhnya untuk
perjuangan rakyat (Insun Sony Mustapha
1999:493)
Kamarudin Jaafar
merumuskan Dr Burhanuddin mempunyai tiga ciri utama iaitu:
(i) Merdeka,
(ii) Kebangsaan Melayu
dan
(iii) Islam
(Kamarudin 1980: 9)
W. Mohd Azam Mohd Amin
yang merumuskan idealisme politik Dr Burhanuddin menjurus kepada tiga
dasar yang utama:
(i) Semangat
keIslaman,
(ii) Semangat
kebangsaan yang luas dan
(iii) Penentangan
terhadap penjajah
(W. Mohd Azam 1997:
75)
Dr Burhanuddin
dikatakan mengkritik UMNO dan Parti Negara (pemimpin Dato’ Onn Jaafar) dan
menyatakan keraguan terhadap pilihan raya pertama tersebut (Means 1976: 154-5)
tetapi Means tidak pula menyatakan sebabnya.
Pada Januari 1965, Dr
Burhanuddin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa
terbabit menyokong Indonesia dalam konfrontasi Malaysia-Indonesia. Dr
Burhanuddin jatuh sakit semasa di dalam tahanan dan penyakitnya tidak baik
setelah dibebaskan pada bulan Mac 1966.
Pada 25 Oktober 1969
Dr Burhanuddin meninggal dunia kerana keuzuran ketika masih lagi
menjadi Yang Dipertua Agung PAS.
mannsgor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan