Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada
keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi
Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah
lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak
gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan
berzanji. Berguru kepada Kiyai
Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah
seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai,
Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada
tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.
Melibatkan
diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan
Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) yang dipimpinDr
Burhanuddin al- Helmydan Ishak
HajiMohammad;Mat Indera juga aktif didalam
pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan
perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan
perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah
Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.
Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak
di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga,
maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan
mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas
dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak
beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu
Pahat dan Melaka.
Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling
dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit
Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera
tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya
melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit
Kepong.
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan
tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis
yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila
Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari
perintah lalu membakar dan membunuh polis.
Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk
mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkanreward $75,000 sebagai
hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah
beberapa kali terlepas daripada tangkapan. Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat
Tukyo telah ditangkap Inggeris dan
dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang
dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris
setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak
rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah
perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang
bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika
meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu
telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala
tangkal.
Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan
kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan
tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau.
Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai
sebagai sebahagian propaganda Inggeris.
Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat
ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera
didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11
malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung
Jambu Air, Taiping.
Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis
dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan
di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera
menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak
langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang
mengetuai serangan Balai Polis Bukit Kepong.
Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat
Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil
wudhuk, semasa ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan
diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa
ditangkap, apabila beliau menyentuh rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi
dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah
terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari
RENCANA
INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010
mannsgor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan