Assalamualaikum.
Alhamdulillahirobbil Alamin, Wassalatuwassalamu Ala Ambiya’i
Walmursalin, Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in.
Yang Mulia Saudara Pengacara Majlis, Yang Amat Berhormat
Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP yang baru meninggalkan majlis
kita, Alfadhil Dato’ Dr Mahfoz Muhammad, Naib Ketua Dewan Ulama PAS, juga
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Khalid Man Timbalan Pesurujaya, Seluruh
Ahli-ahli Jawatankuasa Peringkat Perhubungan Negeri, Seluruh Jawatankuasa PAS
Kawasan Tasik Gelugor, Seluruh Jawatankuasa Pemuda , Muslimat dan Seluruh Alim
Ulama , Rakan-rakan daripada Parti Keadilan, Para hadirin hadirat, Muslimin
Muslimat yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bertemu pada malam ini,
Insya ALLAH lepas raya ni boleh berdiri eloklah kot, aaaa….dah seminggu saya
buang kerusi roda, sekarang dah boleh pakai tongkat… aa..jadi lepas raya ni jadi
Pak Maunlah , boleh buang tongkat…
Itu adalah dalam perjuangan ini, nasib saya macam tu nak buat
macam mana, aaa….kalau kita nak ikut pasai apa tak kena semua orang….kita,
redha dengan apa yang ALLAH uji kita dalam perjuangan ini… saya sendiri “ISA” kena
2 kali….bicara kes mahkamah ni…setakat la 5 kes…..dah menang dah … 4 , tinggal
satu lagi, hak nak mai kedepan hak kita nak saman tu berlambak lagi , jadi saya
hadapi nasib macam tu …dalam perjuangan ini….nak buat camna…kalau ditahan di
balai polis, lokap tu ….selalu lah, Cuma kita rasa apa yang dilalui itu adalah
perkara yang kadangkalanya terpaksa, untuk kita membuat pembaharuan …politik
tentulah melalui perjuangan , bukan melalui hamparan permaidani merah…
Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum saya pergi kepada
perkara-perkara yang saya nak sampaikan saya lancarkan dulu kutipan
derma pada malam ini, untuk tuan-tuan membantu perjuangan kita, para petugas
diminta untuk bertemu dengan mereka yang hadir pada malam ini, Alhamdulillah
bulan Ramadhan, ramai begini hadir dalam majlis penerangan kita, petugas
bertemu dengan setiap mereka yang hadir….ini malam sepuluh terakhir, sebarang
sedekah jariah kita untuk perjuangan mendaulatkan Islam , menegakkan keadilan,
menentang kemungkaran akan mendapat ganjaran di sisi ALLAH Subhanallahu Taala.
Para petugas bertemu dengan setiap mereka yang hadir, saya akan cuba terus
memberi ucapan.
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, saya ditempat lain
saya tak terangkan hal kemalangan yang saya lalui , tapi ini kampung saya….Jarak,
jadi yang ada ni kawan-kawan, adik-beradik, saya terangkanlah sikit …hadirin
sekalian.
Dalam televisyen itu….Pengarah Keselamatan Dalam negeri
berbohong, dia tunjuk dengan tourch light yang tu….tengok….kereta pajero tak
langgar pun Mohamad Sabu, …..saya buat repot polis 14 julai, Pengarah
Keselamatan Dalam Negeri buat kenyataan 22 , dia tak baca repot polis
saya….saya dilanggar oleh kereta polis jenis waja….bukan pajero, kemudian dia
kata saya jatuh langgar divider….lagi mohong….kereta polis yang belah kepala
lutut saya….kemudian dia kata saya berlakon duk atas kerusi roda, dia bukan
doktor….lagi dia cakap lagi dia bohong…..lagi dia cakap lagi dia
bohong….sepatah tak mai minta maaf sampai hari ini…..dan dia berbohong dalam
televisyen…seluruh rakyat Malaysia dengar. Saya jawab dalam majlis ceramah,
dalam surat khabar Harakah, surat khabar Keadilan, tapi hadirin sekalian oleh
kerana mereka berbohong terlalu banyak, sekarang ni….cakap polis pun orang tak
percaya…betui ke dak? ….tambah cakap Najib lagi bohong…aaa tu lah….apa….siakap
senohong gelama ikan duri, selalu cakap bohong, lama-lama jadi menteri….
Hadirin sekalian, saya sebut bahawa semasa saya dibawa ke
hospital….General Hospital , berada dalam lokap di Jinjang, nak ambik wudhu’ ,
nak pegi bilik air…nak buat statement polis….nak cop jari….semua dipapah oleh
polis…..2 orang kiri-kanan, sebab tak boleh jalan…..dan polis yang papah saya
tu….saya ucap terima kasihlah….mereka khidmat sungguh, saya nak bergerak ja dia
tau saya tak boleh jalan, dia mai angkat…aaa sampai dah dibebaskan 10
malam….saya letak diletakkan dihadapan lokap…..orang lain semua berjalan kaki
keluar, saya tak keluar …..kereta masuk ambik….itu pada hari sabtu, hari isnin
saya pergi ke doktor pakar….doktor pakar …aaa..KPJ Hospital dekat rumah di Shah
Alam….dia check , didapati ligament hak orang panggil … urat belakang lutut tu
terkoyak…..kena buat pembedahan. Dia nak buat pembedahan hari tu, dia tak boleh
buat sebab darah saya cayak….duk makan desprin (sebenarnya Aspirin)….pasal ada hal
jantung…..dia kata kena berhenti makan desprin (sebenarnya Aspirin)….4 hari ,
mai sini , kita nak buat pembedahan….hari Jumaat 15 hari bulan…masuk bilik
pembedahan…..pukul 2 petang….pukul 4 keluar dari bilik pembedahan….iaitu dia
bubuh satu skru….2 inci setengah….ke dalam lutut ni…jadi saya suruh doktor
bubuh skru sebab saya nak berlakon….hadirin sekelian…pelak….sampai rupa
ni….pemain sampai macam tu….jadi hadirin sekelian lepas bubuh skru tu….3 hari
lepas tu baru boleh lah menapak…dan Alhamdulillah sekarang dah boleh berjalan
dah…..Cuma nak naik …..naik tangga turun tangga tu kenalah bantuan tongkat
sikit… Alhamdulillah, lepas raya ni kembali pulih lah kot….boleh berjalan dan
boleh bekerja lagi dalam ….dalam parti , dalam perjuangan ini….
Hadirin hadirat yang dihormati sekelian….Oleh kerana dia tak
minta maaf sampai hari ni, lepas ni akan diikuti lah dengan tindakan
mahkamah….Saya sepanjang dalam perjuangan ni tak meniaga , jadi nak kaya lepas
ni …dengan saman jer lah….haaa ….Insya ALLAH….peguam-peguam duk kata …kami
banyak dah orang yang nak ambik kes saya ni….hak kes pecah cermin kereta
tu…menang di peringkat Juru, kemudian pihak pendakwa buat rayuan di Mahkamah
Tinggi….5 hari bulan ogos, bulan puasa ni jugak….hakim Mahkamah Tinggi
mengatakan…keputusan Mahkamah Majistret Nibung Tebal…betul…..iaitu Saudara
Mohamad Sabu ni perlu dibebaskan….dan tak perlu membela diri….kita tengoklah ,
kalau keadaan sesuai peguam kita akan dakwa pulak….kita akan tuntut…pecah
cermin dan juga sebagainya….itu serah lah pada peguam hadirin sekelian….jadi
saya….terima kasihlah kepada doa tuan-tuan semua….sebab saya banyak melalui
kes-kes mahkamah….haaa …..Dato’ Seri Anwar teruk lagi…jadi saya ni peringkat
yang agak …kawan-kawan kata banyaklah juga hadapi kes-kes …mahkamah. Tapi, janganlah
bimbanglah …kita takut pun mati, berani pun mati…..
Hadirin yang dihormati sekelian….sekarang ini pemikiran
rakyat….sudah mula berubah….mereka tidak lagi di awal merdeka dulu…aaa…sekarang
kita ni….suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera
di kereta,…. Ada… setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu hak jenis
masuk ayak dalam kepala tu….haa…hak jenis tu ada….tapi orang biasa , saya tak
nampak pun….sebab rakyat tak berasa sambut merdeka….sambut merdeka seolah-olah perayaan
umno….betul ke dak? Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam
televisyen….kalau nak buh Tengku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah…..kena
letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak
juga Dato’ Ahmad Bustamam, kena letak juga Dato’ Ibrahim Yaakob, kena letak
juga perjuangan-perjuangan seperti Mat Kilau dan sebagainya…..ini
penentang-penentang British….tapi bila merdeka , Tengku Abdul Rahman , Dato’
Onn , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn…..kalau gitu umno lah yang layak…..betul
ke dak? Di negeri orang lain , sambut merdeka rakyat ambik bendera letak di
pintu rumah masing-masing ….kalau kita pegi Indonesia, di Thailand….tak kira
parti politik, pembangkang ke …..kerajaan ke , bila merdeka ni rakyat yang menyambutnya….di
Malaysia ni kita tak rasa sambut merdeka, rakyat sambut …..macam umno sambut ,
bahkan berlaku beberapa tahun lepas di mana Majlis Daerah Raub mintak supaya
semua parti politik buat perarakan hari merdeka , maka ….aaa….PAS di Raub itu
kebetulan ahlinya banyak bekas-bekas tentera berlatih lah berkawat….elok tak
kiralah berkawat puak-puak tentera ni…..banyak duk dalam PAS….nak sambut
merdeka di majlis bandaran, sehari sebelum merdeka….mai surat….PAS tak boleh
terlibat dalam sambut merdeka….haaa…..ni hadirin sekelian yang berlaku…..
Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno….sebab
tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni….anak-anak muda kata
…umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika….lagu
negaraku pulak….lagu Hawai….kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di
Indonesia….kemudian jadi lagu Negaraku…mula-mula saya ingat budak-budak ni
melawak….hari tu anak saya tunjuk…dia bukak YouTube…dia kata ayah dengak….ini
lagu Terang Bulan di Indonesia….ini lagu Negaraku….hundred percent
serupa……ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan , bukan lagu
patriotik apa-apa pun….sebab tu kita harap….takpalah dah guna pakai nak buat
macamana…tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena….bila
hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis itu….polis
British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan….ketuanya Mat
Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu ditutup…..Jins Samsudin buat
filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu
penjahat…..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh
British…..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu
pengganas, padahal Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya
dia dihukum gantung di Jail Taiping ….
Begitulah jugak…Tok Janggut , Tok Janggut ni lawan
British….tapi sebelum British nak….nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan
…untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka….bila isytihar Tok
Janggut sebagai penderhaka , barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir
Puteh, Kelantan.
Semua sejarah negara kita mohong….bohong ada, dulu kita duk
menyanyi di Jarak tu….rupanya cikgu tu mohong kita….cikgu tu pulak Kemeterian
Pelajaran mohong dia….jadi , depa duk lawan mohong lah para hadirin
sekalian….jadi sejarah kemerdekaan tak kena hadirin sekelian….sebab tu kita
tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi
jahat….siapa pegawai British? Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman. Itu pegawai
British…hak lawan British…hak tu pula jadi pengganas… Abu Bakar Bakir
pengganas… Dr Burhanudin pengkhianat, kemudian Rashid Maidin komunis….semua hak
lawan British jahat…hak sokong British hero….ini pelik bin ajaib….hak lawan British
tulah pejuang kemerdekaan…
Takpalah kita ambik alih Malaysia esok…kita ubah balik
sejarah nie….boleh ke dak? Bukan kita nak memihak pada siapa….bagi hak
betul…kalau kemerdekaan di tangan Tengku Abdul Rahman….ya!....tapi perjuangan
kemerdekaan bukan mereka….pejuang-pejuang kemerdekaan kebanyakannya merengkok
dalam penjara, di antara mereka lari menyelamatkan diri ke Indonesia,
termasuklah Ibrahim Yaakob…kerana nak ditangkap oleh pihak British….
Hadirin yang dihormati sekalian, begitulah juga hal pembangunan….pembangunan
kalau dulu memanglah…umno berkempen, saya sebut selalu mudah…dulu mana ada
jalan….La Jarak nak pegi Lunas 15 minit boleh sampai , siapa buat jalan ni?
….umno….haaa….dia senang….macam tu….ceramah zaman Sulaiman Palestin….zaman
Dato’ Mat Said….dulu nie…..dia mai ceramah gitu……kita nganga dengak….tali ayak
Jarak tu siapa buat? …perikatan….ha ini zaman-zaman begitu….sekarang hadirin
sekelian….ceramah dan penerangan macam tu dah tak boleh….rakyat nak
pembangunan, rakyat nak pembaharuan….yang rakyat tak mahu penyelewengan dan
rasuah….haaa ini yang rakyat tak mahu…..rasuah tak mahu, penyelewengan tak
mahu….kalau harga sekolah 20 juta , buat dengan belanja 20 juta….kenapa jadi 30
juta? Kenapa perlu “mark-up” price? Naikkan harga 10 juta….beri kat sapa wang
ini? …ha ini yang rakyat tak mahu ….sekolah rakyat mahu dak? …mahu….makmal
komputer , rakyat mahu…..tapi kenapa buat…rakyat, anak murid belum masuk….dah
runtuh, stadium…..rakyat mahu….nak tengok bola, nak bersukan….tapi kenapa
stadium bina , tak sampai setahun runtuh…pasai apa jadi macam tu….? Sedangkan
kita tengok bangunan, kita tengok tu Padang Kota….bangunan tu 80 tahun, 100
tahun, sampai la duk kukuh…..Bank-bank duk pakai …British buat dulu….bangunan
buat lepas merdeka ni….haaa….retak , pecah ….kerana apa? Rasuah dan
penyelewengan berlaku….ini perubahan pemikiran rakyat , sebab itulah dalam satu
forum….anjuran KrangKraf , Sinar ….Surat khabar Sinar…di Shah Alam baru-baru
ini….yang hadir ialah Dato’ Ambiga , seorang lagi aaaa… Saifudin Abdullah, Timbalan
Menteri….Timbalan Menteri daripada umno….kemudian seorang lagi Dato’ Wan Ahmad
daripada SPR…..dan seorang lagi Professor Shamsul Amri….yang rambut panjang
tu….Professor Shamsul Amri mengatakan BN sekarang …bukan menghadapi rakyat
seperti tahun 60an…..rakyat telah berubah dan rakyat telah faham apa dia
pembangunan dan sebagainya…maka BN menghadapi penghakisan sokongan
rakyat….kalau penyelewengan terus berlaku…..ini di antara petikan kata-kata
Professor Shamsul Amri….beliau mengatakan masalah yang umno hadapi sekarang ini
ialah….umno berkempen di tahap lama….pemikiran rakyat telah berubah ke tahap
baru…mereka masih lagi di takuk lama , iaitu soal siapa buat pembangunan, siapa
itu semua….sedangkan pemikiran rakyat telah maju kehadapan….Ini kata Professor
Shamsul Amri….
Hadirin yang dihormati sekelian, macam dulu kita masuk
pilihanraya….bila kalah kita kata takdir , nak buat macamana….kita dapat undi
macam tu….sekarang kita akui undi kita tak cukup, tapi kenapa tak cukup? Di
antaranya kita tak boleh beri penerangan kepada orang ramai….media tidak
adil….ini tuntutan yang dituntut kebelakangan ini ….soal keadilan media
….contohnya , Pengarah Keselamatan Dalam Negeri mengatakan , saya tak dilanggar
oleh Pajero….takdak kemalangan….dia berbohong….saya takdak peluang untuk jawab
dalam televisyen….kalau saya boleh jawab saya kata…..saya dilanggar pada hari
itu oleh Waja….maka rakyat dapat dua penerangan….satu penerangan Pengarah
Keselamatan Dalam Negeri….satu penerangan saya , maka rakyat bebas untuk buat
pertimbangan…..sekarang rakyat yang boleh buat pertimbangan….rakyat yang mari
dengar ceramah malam ni……sebab dia dah tengok televisyen , dia dengar
penerangan saya…..macamana rakyat Ijok? Macamana rakyat Selama? Macamana rakyat
Parit? Pahat? Padang Tongson? ….aaaa……hak tak mai ooo…. ceruk kudong….kupang ,
merbau kudong ka apa semua dalam nu…..ayak melintas…yang tak mai dengar
penerangan kita, dia percaya lah kepada apa yang tv bagi tau…di sinilah berlaku
ketidak ….ketidak adilan media…bukan kita nak apa yang kita cerita mesti rakyat
percaya….kita juga nak apa yang pemerintah cerita mesti rakyat percaya….yang
pentingnya, kedua-dua dapat peluang memberi penerangan….inilah keadilan media
yang kita tuntut….misalnya mereka menyerang , sekarang ini…. PAS alat DAP ,
naik sepanduk di Terengganu….sepanduk merata kampong , kalau umno kalah , DAP
lah yang menang…..sedangkan di Terengganu , DAP satu kerusi pun tak
bertanding….yang bertanding PAS lawan umno….adalah Keadilan satu dua…. Tu pun
Melayu , tapi dia naik sepanduk, kalau umno kalah ….DAP menang ,
setengah-setengah orang kampong yang dia tak faham, dia kata habislah…kalau
umno kalah , apa nak jadi Melayu ni…..inilah kata Professor Shamsul Amri….iaitu
BN masih bertahan di takuk dengan memperbodohkan rakyat, sedangkan rakyat Bandar,rakyat
Internet, rakyat Blog…..dah mula mendapat maklumat yang lain….
Oleh itu Barisan Nasional bertahan….undi di kampong-kampong ,
di pendalaman, tidak lagi di bandar-bandar , saya sebutlah kalau di sebelah
bandar sekarang ni…..Shah Alam ka? Petaling Jaya ka? Sebut umno pun orang geli,
anak-anak muda…..kamu ni umno ka? ….eeeee….dia geli dengar…..tapi kot Jarak ni
, sebut umno dia tak geli lagi….tapi anak-anak muda Bandar , dia tau sejarah ,
dia baca internet, dia tengok laporan semua …..rupanya banyak berlaku
pembohongan sejarah….
Hadirin yang dihormati sekelian…..sebab itu tuntutan kita di
antara keadilan media ni…kita tak dapat lagi, terlalu pincang , terlalu
pincang….. kita tengoklah menjelang BERSIH , Allah…..saya dipanggil ke Bukit
Aman , oleh pemimpin polis yang tingggi-tinggi tu…ketua polis negara , timbalan
, dalam cakap dan mereka ….sambut saya dengan mesra saya akui…dan mereka
sebutlah, di antaranya dia sebut, nanti ramai orang datang , nanti meniaga tak
laku….saya kata pelik….peniaga tak suka orang ramai…..peniaga yang tak suka
orang ramai datang….hantar mereka meniaga di Hulu Tembeling….Hulu Tembeling
tau….daripada Jerantut tu, kena naik bot….6 jam nu…..pi meniaga dalam tu….ni
tuan-tuan di sini orang meniaga ni , betui ke meniaga tak suka orang ramai
mai….pelik ke dak? Duk interview dalam televisyen nu….saya tak suka orang
datang , nanti perniagaan saya merosot…..ehhhh….pelik , dia kata nanti orang
masuk dalam kedai…saya kata orang masuk dalam kedai , kerana hangpa sembur gas
pemedih mata….kalau sembur gas pemedih mata , bukan setakat kedai , kandang
babi pun kami masuk…..kena gas pemedih mata, kalau babi lari… belum tentu babi
dengan kami siapa laju lari….aaa…polis tu diam…. Nak tergelak pun ada depa tu ,
depa tak berani gelak , boss ada….jadi beri jawapan yang tak logik hadirin
sekelian….aaaa….jadi kita hadirin sekelian, kemudian kita , saya kata kenapa
….kumpulan yang nak mandi darah, sorang pun tak diambil tindakan….puak silat,
kami sanggup bermandikan darah….eeiiiii….kita bukan nak pi perang , hang nak
mandi darah dengan sapa? Tapi hari 9 hb haribulan hari BERSIH tu …Omar Din
hadir tau….tuan-tuan tak nampak sebab dia meresap….jangan anggap dia tak
hadir….dia hadir….tapi dia meresap….ni banyak hadirin sekelian ,
perkara-perkara yang tak logik….
Kemudian ini pertubuhan haram….pertubuhan haram….
BERSIH….tiba-tiba Yang Dipertuan Agong jumpa…..takkan Yang Dipertuan Agong
jumpa pertubuhan haram…..boleh ka masa…askar dan polis kita duk berlawan dengan
parti komunis malaya dulu….sebelum tandatangan perjanjian damai tahun 89…boleh
dak Yang Dipertuan Agong bertemu dengan parti komunis malaya….boleh dak? Tak
boleh….tetapi BERSIH…Yang Dipertuan Agong bertemu….dan orang yang bertemu tu
pulak Dato’ Ambiga …bekas pengerusi majlis peguam , Dato’ A Samad Said…Sasterawan
Negara… A Samad Said ialah penggerak utama Himpunan Bersih ….kalau tuan-tuan
nak tau….masa dua tiga hari amaran macam-macam….kalau FRU mai tembak lah apalah
semua… amaran, masa itu , beberapa orang dah goyang….nak jadi…tak jadi , nak
jadi tak jadi….Dato’ A Samad Said…saya Tanya dia…macamana ni Dato’ jadi ka dak
himpunan ni?….jangan lihat cakap , lihat tindakan saya….ni Dato’ A Samad Said
dia bercakap bila pun sajak ….saya duk depan dia pun saya sebut …Dato’ ni rasa
nak ajak bini dia pi tidur pun dia sajak dulu…. “Hari sudah larut malam….begitu
dingin rasanya kulitku ini….buat apa kita berbual kosong di sini…kan lebih baik
pergi beradu….” , kita tak dak lah kot Jarak ni…..jom tidur….anak semua tidur….
Jomler…..ha jenis-jenis Ustaz Khalid….jenis kita ni lah….
Hadirin sekelian…..A Samad Said dan hari himpunan tu….saya
diberitahulah, sebab himpunan baru ni…saya tak terlibat….kenapa tak terlibat?
Kena tangkap awal….depa langgar awal ….12.50 cekop dah….aaaa….jadi tak
taulah….tapi A Samad Said , dia berjalan……sampai stadium….berjalan sampai pintu
istana….dia tak takut, bila orang tembak gas, dia ambik janggut dia ….tutup
hidung….janggut dia sampai pusat tu….saya maksud itu berguraulah ….yang
pentingnya….beliau mempunyai semangat yang cukup cekal….terutama dia amat tidak
setuju dengan kerajaan BN dalam segi menjaga bahasa…..PPSMI , dia menjadi
hero….hantar memorandum supaya masuhkan pengajian pendidikan dalam bahasa
Inggeris , sebab pada fikiran dia dan cendikiawan Melayu yang lain….kalau
berterusan program itu…..Bahasa Melayu akan lupus….. 15 tahun 20 tahun lagi di
Malaysia ini…..ni bukan kita kata , orang Kuk Petai (sebenanya Guaq Petai),
orang Jarak ni….ini kajian dibuat oleh para professor….tiba-tiba umno kata ,
kami pembela bangsa….tak cukup dengan umno, di swastakan pulak kepada
perkasa…..aaaa…..padahal….cendikiawan melayu berarak kena gas dan
sebagainya….mintak Bahasa Melayu dipertahankan….ketua di antaranya Dato’ A
Samad Said….sekarang dia boikot semua program kerajaan…..satu program kerajaan,
dia di undang, dia dibayar tambang, dia di bayar elaun….adalah duit, sekarang
dia boikot semua….orang tanya dia banyak mana duit dia ada? ….dia ada akaun
bank 96 ringgit….saya jamin dia kata , cukup untuk hidup…ini Dato’ A Samad
Said….dia kurus….kalau dia makan teh tarik tu…setengah gelas jer….tapi bukan
soal itu…ini semangat pejuang tua… hadirn sekelian…..yang sayangkan bangsa dia,
sayangkan agama dia…..saya kagum dengan Dato’ A Samad Said ni…..
Hadirin yang dihormati sekelian…..kita lihat kenapa rakyat
nak…ndak….kalah ka, menang pilihanraya ka nombor dua…..yang penting kita nak,
pilihanraya adil dan bersih….ini tuntutan anak-anak muda sekarang….media lagi
kita lihat, BN bertapak di mana? Dia menang 45 kerusi parlimen kerana undi
felda….25 kerusi parlimen kerana undi pos….kenapa undi felda jadi begitu?
….kita tak boleh masuk…..tanya Doktor Mahfuz….kita pergi ceramah di kawasan
felda…..polis jadi pekerja umno…..dia mengawal, kepong kita ….tak boleh
bersyarah…yang datang ….masuk dalam markaz, ahli PAS….hardcore, ahli Keadilan
hardcore ….yang tu tak perlu ceramah…..betul ke dak? Takkan macam Rahman Ayam
ni perlu dengak ceramah…..untuk nak menentukan dia nak undi siapa? ……tak
perlu…..yang kita perlu orang ramai….orang ramai….tak boleh dengar ceramah
kita….di felda-felda , polis jadi jentera umno…..bukan lagi keselamatan
rakyat….tapi jaga keselamatan umno….saya sebut di Bukit Aman , depan Ketua
Polis, Timbalan Ketua Polis Negara , dan….dan pemimpin-pemimpin tinggi polis
….saya kata….polis sekarang dilihat menjaga umno….bukan menjaga rakyat….hangpa
ingat aku kata depan hangpa ni ka?....naik-naik atas tu….dalam parlimen
…menteri aku jerkah macam tu jer….zainudin maiden tu…jerkah macam tu ha….pasai
dia kata apa? ….mementingkan sukan negara lebih penting dari sembahyang….haaa….aku
kalau hangpa maki PAS takpa…..maki ISLAM , lompat selalu lah….kalau dia tak
tarik saya merudum….sampai ke peringkat speaker parlimen akhirnya….dah dia
tangguh 20 minit… masuk gitu ….dia mintak lah Zainudin Maiden tarik
balik….iaitu mementingkan nama negara….sampai tak perlu sembahyang….dia tarik
balik , barulah saya duduk….aaa ni…..hak jenis pusak dua ni…ketegak….jadi
sekelian…jadi saya sebut….tapi belum terlewat , pasukan polis belum terlewat
untuk buat perubahan….supaya mereka menjaga rakyat, menjaga undang-undang,
menjaga perlembagaan…. bukan menjaga umno….sebab umno kalah nanti polis akan
terus bertugas di bawah pemerintah baru….ini yang kita ingatkan , polis pun
banyak datang malam ni….sebab kita , kita tak mahu mereka….mereka menjadi
pengawal kepada umno , pengawal keselamatan negara, pengawal rakyat….pengawal
perlembagaan…itu sewajarnya….peranan dimainkan oleh pihak keselamatan….
Dan hadirin sekelian , kita tengok….himpunan BERSIH , apa
yang berlaku….polis yang buat rusuhan , bukan rakyat….betul kan? ….tembak
sana…tembak sini….mati orang….ooooo…..semua pura-pura , saya pura-pura duk atas
kerusi…. Bahrudin tu pura-pura mati…. Eh , dia tak mati tau….hangpa pegi tengok
di rumah dia… La duk ada tu pura-pura mati….pengawal Anwar Ibrahin tu…pura-pura
pecah tulang pipi….pemuda kita daripada Balik Pulau…pura-pura hilang gigi 11
batang….hilang gigi, kelongsong peluru tu masuk mulut….dia tembak…pruuuum ,
patah semua depan ni….
Hadirin sekelian, dan …walaupun kita begitu, saya tetap
rasional…iaitu pasukan keselamatan boleh lagi buat perubahan….kembali kepada
tugas secara professional….ini kehendak rakyat sekarang….bukan kehendak rakyat
tahun 60 an….rakyat sekarang rakyat twiter….rakyat facebook…tak boleh
tipu….oooo kami tak dak berlaku kezaliman….rakyat dilayan dengan baik….
Hadirin sekalian….zaman sekarang , orang pi tunjuk perasaan ,
bawak i-pad , bawak black berry….pruup…prooom dia hantar pada kawan dia….hantar
kepada seluruh dunia dah….ambik gambar…pruuup, semua orang dah
tengok…penyepak…kena tendang… kena cekik….hak polis punya …. 2 minggu baru
tunjuk….he he…2 minggu mestilah hangpa pinda….betul ke dak? Sebab tu , dia
boleh tipu lah orang-orang dalam …apa…siaran-siaran tu…. orang Pahit , orang
Pahat …orang dalam tu…. orang Selama …orang belah Ijok ….tu pun Ijok pun ada
internet dah la ni….jadi orang dah tengok keadaan…jadi tak boleh, sekarang
rakyat nak pembaharuan….haa ini yang …yang professor Shamsul Amri mengatakan
SPR dan kerajaan kena sedia buat perubahan…kerana perubahan….berlaku pada
rakyat….
Hadirin sekelian, kalah menang dalam pilihanraya perkara
kedua , tapi kita nak pilihanraya yang adil , kita kata bersihkan daftar
pemilih, Pengerusi SPR dan Timbalan kata ….mana ada pembangkang bohong….mana
ada daftar pemilih yang tidak betul? Sekarang saya kata tadi zaman komputer ,
zaman internet , zaman IT….pemuda kita cari-cari ….tammm…jumpa 17,000 lebih ,
nama yang 2 kali berulang….ada pulak di Selangor hadirin sekalian
perumahan….rumah 35, 37 , 39 …rumah takat tu….pengundi dia ada lagi rumah 41 ,
43….. rumah takda…pengundi penuh….dibuktikan oleh kita PAS dan juga Pakatan
Rakyat di Selangor….bagaimana tak dak rumah, didaftarkan rumah-rumah
hantu….berdebat dan berjumpa dengan SPR …. akhirnya….sekarang mereka
mengaku….banyak daftar pemilih tak betul….haaa….bukan soal kalah menang ,
soalnya…kalau kita …kalau kita menang pun takpa….BN kalah pun takpa….tapi yang
penting kita nak pilihanraya yang adil dan saksama….ini yang …dan kita lihat
Misma , bagaimana dia jadi warganegara lebih kurang 10 pagi…. 4 petang ….dah jadi
pengundi….sedangkan kita kena ambik borang , kena hantar, kena pergi ke pejabat
pos nak daftar jadi pemilih….warganegara asing begitu mudah…kerana apa? SPR
…agen SPR dan agen Jabatan Pendaftaran Negara buat kerja ….daftar mereka ni
sebagai pemilih , untuk memenangkan umno dan Barisan Nasional seperti yang
dibuat di Sabah….
Sekarang terdedah pada dunia….tuntutan BERSIH tu betul….tak
dapat lari dah….dan baru ni…saya dipanggil , saya ….Nurul Izzah , Tan Seng
Giaw….saya pun dipanggil kerana….Timbalan Menteri Luar German datang
melawat…dan dia nak jumpa kami….saya pergi lah…..jumpa di pejabat duta
German….kita terangkanlah hal pilihanraya di Malaysia….kepada mereka , bukan
soal siapa menang , siapa kalah ….tapi cara pilihanraya yang tidak
betul….daftar pemilih yang tidak betul….media yang tidak betul….kami tidak
boleh ke tv dan radio memberi penerangan….seperti di negara tuan….dia kata
…takpa…dia kata negara-negara barat….yang menjalankan demokrasi, kita nak minta
Malaysia….keluar daripada alam kolot….kuno….konservatif….lepas tu hadirin
sekelian …..saya dengar Najib umum….nak tubuh Jawatankuasa Select
Komiti….barangkali tekanan dari negara-negara orang putih ni lah….dan pemimpin
mereka datang nanti…. Raja German…di antaranya dia kata , dia nak jumpa
kerajaan, dia nak jumpa NGO , nak jumpa jugak Pakatan Rakyat….dan salah seorang
tentulah aku…..
Hadirin sekelian….bukan kita nak qiblat pada
barat…tidak….kita nak pilihanraya yang adil….kalau pilihanraya yang adil…BN nak
menang…menanglah….takpa….kalau kita menang pun takpa lah…pentingnya pilihanraya
yang adil , media yang adil….ini tuntutan kita mula di dengar….sekarang ini
walaupun mereka buat ke dak….tapi dah akui… 2 hari lepas ….Pengerusi SPR
mengatakan secara resmi …keluar dalam televisyen semua….dia sanggup untuk bertemu
sekali lagi , dengan jawatankuasa BERSIH….yang sebulan dulu mereka kata
haram….sekarang nak bertemu dengan BERSIH…..
Inilah hadirin sekelian….sebab tu sampul raya….Jabatan Lujnah
Mahfuz Omar….Dato’ Mahfuz Omar kempen …mari kita menentang BN….BN tu barang
naik….saya lancarkan semalam di Kampung Baru, Kuala Lumpur , tempat
Allahyarhamah Doktor Lo’lo’ …sampul raya tu kita tak tulis BERSIH….kita tulis
tidak kotor….haaa….sebab BERSIH ni…tidak boleh….haaa tulis tidak kotor…..haaa
jadi hadirin sekelian….. bila dilihat keadaan begitu sekarang ini…. Select
Komiti pun nak buat…tiba-tiba dia kata….pilihanraya boleh buat bila-bila masa
sahaja, tak perlu tunggu keputusan Select Komiti atau pun Jawatankuasa Pemilih
Khas untuk mengkaji …hal sistem pilihanraya di Malaysia….bila buat begitu …saya
tak tahu lah , kami akan mesyuarat 24 haribulan….nak ambil pendirian Pakatan
Rakyat….ahli parlimen kita…perlu atau tidak…duduk dalam jawatankuasa
itu…..Najib …main-main kita nampak…..walaupun pihak SPR kita nampak….dia dah kona
dah…dia rasa nampak… sedikit ada kesungguhan….untuk mendengar pandangan BERSIH
terutama…..hal daftar pemilih…
Bila pemuda kita, Suhaizan Kayat….seorang pemuda kita yang
bijak dalam hal komputer….dia bekas pensyarah….dia dapati hadirin sekelian…..di
Johor , banyak ahli umno….yang daftar mengundi….boleh mengundi 2
kali…..kemudian didapati dalam tentera….dia bawak , beberapa orang bekas
pegawai tentera….buat dalam press conference….pegawai tentera tu
kata….merekalah yang menipu undi dalam pilihanraya dulu…pangkah bagi pihak
kawan-kawan yang lain …menderu….mereka buat pengakuan dalam surat khabar
Harakah….yang mereka dulu pangkah bagi pihak rakan yang lain….tiba-tiba Ketua
Turus Tentera Malaysia keluar kenyataan …tak berlaku…pilihanraya kami berlaku
dengan adil….saya tidak mahu kata adil atau tak berlaku….Ketua Turus tentera
tidak boleh terlibat dengan politik kepartian….setuju atau tidak? Kalau ada
tuduhan…Menteri Pertahanan , Timbalan ….atau Kementerian Pertahanan kena
jawab….atau SPR …bukan tentera yang beruniform…..sekali lagi Najib telah buat
silap….mengajak tentera terlibat dalam politik kepartian….ini cukup silap….saya
yakin kesilapan mereka itu….mereka sedar , sebab tu 2 hari berita tu , dah tak
dak…..saya dengar sahaja keadaan itu…saya pergi hari tu, kebetulan …mesyuarat
PBA…saya mintak Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng ….pejabatnya tolong panggil
wartawan….saya nak buat press conference….saya nak tegur kesilapan yang
dilakukan oleh Ketua Turus Angkatan Tentera….kalau ada tak puas hati…mesti
Kementerian Pertahanan jawab….SPR jawab….bukan pasukan beruniform…kerana
tentera dia wajib berkecuali…kerana tentera , berkhidmat di bawah Yang
Dipertuan Agong….betul atau tidak? Ni Najib buat silap banyak ni….ni tak
kena….sebab hadirin sekelian kalau tentera terlibat dalam politik
kepartian…..rosak habis Malaysia ini…..dan kita harap , perbuatan yang berlaku
tiga …empat hari lepas …cukup takat itu….jangan ulang lagi ….ada benda tak puas
hati….mengadu kat Menteri Pertahanan…Menteri Pertahanan akan jawab , atau SPR
…..bukan pihak tentera sendiri…kalau mereka yang menjawabnya….dia akan jadi
politik kepartian, dia tidak sihat di Malaysia…sejak merdeka hingga
sekarang….tentera di sanjung tinggi….penghormatan kepada mereka tinggi….dan
mereka berkhidmat di bawah panji-panji Yang Dipertuan Agong , bukan bawah
umno….bukan bawah PAS…..bukan bawah sesiapa….mereka di bawah panji Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong….
Hadirin yang dihormati sekelian…..ini kita lihat ,
kepincangan hal pilihanraya…yang sekarang menjadi bahan perbincangan
umum….BERSIH tahun ni…..himpunan di Kuala Lumpur…..saya ucap tahniah lah kepada
tuan-tuan…..disekat macamana ….diugut macamana….berpuluh ribu, ratus ribu
hadir….bahkan di seluruh dunia kali ini paling banyak…35 tempat
berlaku….himpunan serentak , di Melbourne, di Sydney, di Brisbane, di London,
di New York, di Kampuchea….ada…..di Dubai, di Kaherah, berlaku di 35
tempat….Cuma di England , tunjuk perasaan takda masalah….rusuhan tak boleh
lah….sekarang ni Timbalan Ketua Polis cuba samakan tunjuk perasaan dengan
rusuhan….tak betul…..rusuhan…bakar kereta , rompak bank , rompak kedai….itu pun
kita tak setuju….kalau ada orang yang buat macam tu….kita dengan polis
bergabung tenaga….ligan puak-puak ni…..setuju ke dak? Kita tak mau….kita mau
aman…..di England tunjuk perasaan , aman…..rakyat Malaysia menyanyi lagu
“Yellow Submarine”…..yellow submarine…yellow submarine…..dengan polis-polis
semua menyanyi….jadi ni masalah submarine ni masalah….kapal selam yang
dibeli….yang perbicaraannya akan berlangsung bermula bulan sembilan ni…..di
Paris , tentang rasuah dan penyelewengan yang saya dah terang dah….dan
kawan-kawan terang dah banyak tempat….saya nak sebut di sini….hadirin
sekelian….kesedaran untuk mintak pilihanraya yang adil….sekarang inilah
tuntutan rakyat….dan dalam umno pulak, semakin hari semakin berpecah….sekarang
lahir kumpulan Amanah Merdeka , yang diketuai oleh Yang Berhormat Mulia Tengku
Razali Hamzah , Amanah Merdeka ni salah seorang bekas menteri yang duduk dalam
jawatankuasa itu…..dia jumpa orang kita , dia kata ….wajib jatuhkan kerajaan BN
pilihanraya ke 13 , dia kata wajib….bekas….dia bekas menteri , masih umno….saya
kata nak tolong kami ke pilihanraya akan datang? ….tentu….
Kemudian dua tiga minggu lepas , lahir lagi satu
kumpulan….Penawar , juga veteran umno…yang tak puas hati dengan pemerintahan
Najib….Cuma akhirnya saya nak sentuh di sini….orang Melayu…tadi saya sebut
sikit , dalam tazkirah ringkas….tazkirah saya bulan ini di Selangor…ini ajalah
tajuknya…orang Melayu tidak sensitif dalam hal penyelewengan….sedangkan ISLAM
tidak mengajar begitu….Omar Al Khatab…pakai baju baru pun ditanya oleh penduduk
waktu itu…mana kamu ambik duit beli baju baru….sifat hisbah , accountability
yang dididik oleh ISLAM pada waktu itu…gabenor yang tambah kekayaan tak ikut
peraturan….Omar hukum….sebat….ini hadirin sekelian , accountability hisbah di
zaman kehebatan ISLAM….sekarang orang ISLAM dia tak peduli….bila kita cerita
Rosmah, disebut oleh pegawai kastam, dapat gambak semuanya….cincin 24 juta ,
cuba tuan-tuan cakap pada orang Cina….sebut ajer cincin 24 juta ,
…..aiiiyaaa……mana dia angkat itu wang ..aaaa…..gua sendili tak dapat
oooo….kalau dia culi wang kita….ini talak boleh….Melayu…kita cerita Rosmah ada
cincin 24 juta….dia diam, serupa lembu kenyang ….balik petang nak pegi masuk
relau….buat dek ajer….kita cerita rumah Najib , bil ayak 30 ribu sebulan….dia
tak rasa, Melayu tak rasa apa….Cina marah….30 ribu , ni hang mandi apa ni
….mandi orang ka mandi badak ni? Pembaziran ….dia suruh rakyat berjimat….kita ,
harga ayam naik…harga tepung naik, harga gula naik…..wang 28 ribu juta
hilang…..hospital tak cukup pakar….yang nu tak cukup, yang ni tak cukup….duit
kita hilang…tapi kita cerita pada orang Melayu tak sensitif….betul ke dak ni?
Duk tu keadaan sekarang ni…..mereka main isu perkauman nak pertahan undi orang
Melayu kepada umno dan BN ….cina tak dak dah, india pun serupa dah…india pun
dak balik kat kita habih dah….cina ni sebut….sebut dacing tu….umph….dah tak
mahu langsung dah…..tapi Melayu dia tak sensitif , bila cerita hal
penyelewengan…..hadirin sekelian , kita harap kita balik kepada perjuangan asal
, perjuangan ISLAM , terutama di bawah Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat
Baginda yang terkemudian…iaitu amar ma’aruf , nahi mungkar , disebut oleh Dato’
Dr Mahfuz tadi…..mesti kita hidupkan….walaupun yang memerintah nanti kerajaan
Pakatan Rakyat , kalau berlaku penyelewengan ….rakyat akan bangun di atas sifat
amar ma’aruf , nahi mungkar….untuk kita menuntut keadilan….setakat ini lah
ucapan , para hadirin sekelian kita harap pilihanraya akan datang…rakyat akan
berubah, Sekian dahulu... Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…..
Diambil dari mohamadsabu.com
mannsgor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan