Isnin, September 12, 2011

Lembaran baru Safee


SAFEE SALI

PENYERANG berbisa Harimau Malaya, Safee Sali mencatat sejarah tersendiri apabila, berjaya mencuri perhatian kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City. 

Meskipun menjalani latihan bersama skuad milik ahli perniagaan dari Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee, Safee muncul pemain pertama melangkah jauh dalam arena bola sepak negara. 

Beliau yang bertolak ke England awal pagi semalam, memikat hati pengurus Cardiff sekali gus memberi peluang buat Safee menjalani latihan di sana. 

Kehebatan Safee turut mendapat perhatian daripada jurulatih Queens Park Rangers (QPR), Neil Warnock yang menyifatkan Safee sebagai David Beckham Malaysia.
Diambil dari sinar harian.

Selamat berjaya pada Safee Sali. 
mannsgor

Tiada ulasan: